Hariz memandang ke arah luar . Dia mengeluh berat . Perjumpaan dia dengan adiknya tempoh hari membuatkan dirinya terkilan .
" abang "
Hariz menoleh ke arah belakang . Melihat sahaja wajah isterinya , dia tersenyum kelat . Aisyah memeluk lengan Hariz . Erat .
" abang okey ? " soal Aisyah .
Mesti suaminya sedang bersedih mengenangkan adiknya . Perasaan bersalah mula terbuku di dalam hati . Dia pun tidak menyangka dengan apa yang telah terjadi .
" abang okey je " kata Hariz perlahan .
Aisyah mengusap lengan sasa Hariz . Dirinya juga tumpang sedih . Bukan mereka tidak mahu menuntut Sarah di rumah anak yatim tapi kesibukan Hariz membuatkan mereka terlupa kepada Sarah . Ya Allah ..
" abang jangan fikirkan sangat . Nanti dia okey , dia terkejut sebab dia ingat abang dah mati . kita bagi dia masa . kalau dia dah okey kita pergi jumpa dengan dia "
Hariz mengangguk lemah . Tepi kepala Aisyah di cium lama . Aisyah tersenyum , dia menyandarkan kepalanya ke dada Hariz . Mereka berdua menikmati pemandangan indah itu . Di kepala masing-masing asyik memikirkan Sarah .
sorry adik ..
×××
" Muslihah ! "
Langkah Muslihah terhenti . Dia memusingkan badannya ke belakang . Wajah penat Nazirul dipandangnya pelik . Ketara betul penat dia .
" kenapa ? "
Nazirul mengusap belakang tengkuknya . Nak bagi ke tak ni ? mak , irul malu . Muslihah menjongket kening . Nazirul tersengih-sengih memandangnya . Dah kena rasuk hantu ke mamat ni ?
" aku sebenarnya nak bagi ni "
Nazirul menghulurkan sebuah kotak merah berbentuk hati . Muslihah mengerutkan dahi . Wajah Nazirul di pandang ragu-ragu . Mana tahu bila buka ni ada lipas keluar .
" pewittt ! sweetnya bagi hadiah " Sarah berdiri di tepi Muslihah seraya wajah Nazirul dipandang dengan senyuman bermakna . Nazirul mencerlung gadis itu supaya tidak memberitahu perkara sebenar .
" aku dah kena pergi bye ! " Muslihah menyambut huluran Nazirul . Cepat betul lelaki itu ingin menghilangkan diri . Muslihah menyimpan senyuman . Kotak berbentuk hati itu dipandang . Cantik .
'' terima kasih Nazirul '' ucapnya di dalam hati .
" bukalah cepat . nak tahu apa yang boyfriend kau bagi " Muslihah menjeling Qistina . Ada ada saja kawan dia ni . Sarah , Syazira , Qistina dan Anis berkumpul di katil Muslihah . Mata mereka bersinar-sinar untuk mengetahui isi di dalamnya . Muslihah membuka kotak itu . Ada sekeping kad , chocolate cadbury dan sebentuk cincin . Mereka berempat sudah tidak keruan . Eh ? aku yang dapat korang pula yang tak keruan ?
" biar aku baca dulu "Kad itu diambil dan dibuka . Matanya membaca setiap butir perkataan yang ditulis oleh Nazirul . Kemas betul tulisan dia . Bibirnya mengukirkan senyuman lebar .
Assalamualaikum Muslihah , em sebenarnya aku nak beritahu something dekat . something special . aku sebenarnya suka kau . masa mula-mula kumpulan kau dengan kumpulan aku berlawan , tak lepas mata aku pandang kau . aku malu nak cakap depan-depan sebab kawan-kawan sewel kau tu . chocolate tu kau makan tau jangan bagi kawan-kawan kau makan especially si Sarah tu . cincin tu aku nak kau simpan mana tahu jodoh kita panjang . aku dapat kahwin dengan kau amin hehe . dahlah tu je aku nak cakap . bye-bye , i- i love you ♡
Muslihah tersengih . Tak sangka selama ni Nazirul pun memendam rasa terhadapnya . Kad tadi diletak ke tepi , sebentuk cincin dipandang . Ni mesti cincin couple . Dipadankan ke jarinya . Muslihah tersenyum lebar . Ya Allah , dah macam nikah dah .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...