Sarah menatap siling . Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi tetapi mata dia masih segar . Selalu kalau dia tak boleh tidur , dia keluar pergi pantai tanpa pengetahuan Zafriel . Sarah menoleh . Wajah Zafriel ditenung . Lena betul suaminya . Siap berdengkur .
Jarinya mencucuk-cucuk pipi Zafriel . Satu idea jahat tiba-tiba muncul di fikirannya . Sarah tersengih nakal . Tangan kecil itu diangkat seraya melekap di pipi Zafriel . Pipi Zafriel diramas siap tarik lagi . Mata Zafriel terbuka .
Tajam sahaja Zafriel memandangnya . Lelaki itu meraup muka . Pelukan di pinggang Sarah dilepaskan . Suaminya berpaling ke belakang . Membelakangi Sarah . Perempuan itu terpinga-pinga sebelum memucung . Aku nak suruh dia teman aku !
Sarah menyelak blanket . Pandangannya jatuh pada Bella dan Mochi di tempat tidur mereka . Sarah sedikit terasa hati dengan layanan istimewa Zafriel terhadap kucing-kucingnya . Dia menggeleng perlahan . Dengan langkah yang terhinjut , dia melangkah ke sliding door .
Sempat dia mengambil sebotol ubat dari laci dan air mineral . Sliding door dibuka . Angin sejuk menerpa halus ke kulitnya . Sarah melabuhkan punggung di kerusi . Iris hitam memandang langit yang terbentang luas . Sarah tersenyum kecil .
Kadang-kadang dia terfikir , Zafriel menyampah ke dengan perangai dia ? iyalah dia kan degil , keras kepala , manja , suka menangis pula tu .Badan disandarkan ke kerusi . Matanya beralih kepada sebotol ubat di meja . Ubat ni , dia selalu ambil jika dia tak boleh tidur dan Zafrel tak pernah tahu . Tanpa berfikir panjang , Sarah mencapai ubat itu . Penutup botol dibuka dan sebiji ubat diambil . Sarah memandang sesaat pil berwarna putih itu di telapak tangannya .
Sekelip mata , ubat itu dirampas . Sarah mendongak . Zafriel membuang ubat itu ke bawah . Sarah sedikit terpana . Botol ubat juga diambil kasar . Zafriel memandang tajam . Terus dicampak botol itu ke bawah . Sarah diam . Perempuan itu mengeluh dalam diam .
" kenapa dengan awak ni ? takkan sebab saya tak teman awak , awak nak ambil benda alah tu ? "
Diam . Tiada sepatah pun perkataan dari bibir Sarah .
" saya penat , awak tahu tak ?! takkan hari-hari saya nak teman awak ! dodoikan awak setiap hari ! awak dah besar bukan budak-budak " marah Zafriel .
" sepatutnya saya biar awak dekat hospital ! biar Raykal jagakan . degil nak mampus . nak ikut kepala dia je . menyusahkan ! "
Sarah bangun . Matanya yang sudah mengeluarkan butir-butir halus memandang Zafriel . Tanpa berbicara , perempuan itu melangkah pergi . Langsung tidak dihiraukan luka di peha . Dia berjalan seperti normal . Hoodie diambil kasar dari almari . Disarung ke tubuh . Tidak lupa dengan kunci motorbike di meja solek .
" cakap sikit terus lari ! "
Langkah Sarah berhenti . " saya minta maaf sebab ganggu awak tidur . saya minta izin nak keluar sebab saya tak nak jadi isteri derhaka " kata Sarah lalu beredar .
Zafriel meramas kasar rambutnya . Kerusi disepak kuat . Argh ! lantak kau lah nak pergi mana pun ! Tajam matanya memandang pintu bilik . Tak lama kemudian , telinganya menangkap bunyi enjin motor . Pandangan dialihkan ke luar . Kelibat Sarah bersama yamaha r6 dipandang kosong .
×××
Hariz melihat Sarah dari muka pintu . Adiknya tengah balut luka . Tapi satu je yang dia perasan , mata coklat Sarah tak bertukar ke hitam . Sarah berkerut sakit . Balutan yang sudah ditukar ditatap . Jahitan terbuka sedikit . Darah pun banyak keluar . Sakit huhu .
" tak nak pergi hospital ke ? " kata Hariz sebaik sahaja duduk di sebelah Sarah .
" tak apalah . adik dah balut " balas Sarah sambil tersenyum . Dia menunduk ke bawah . Menekur tanah .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Ação[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...