September 1983
MALAM sudah larut. Zelda tergesa-gesa menuruni tangga rumahnya sambil menggendong Haris di pinggangnya yang ramping. Tubuh kecil Haris yang berbahang itu melekap erat sambil kedua-dua belah tangannya memeluk kemas leher emaknya yang jinjang. Mata Haris tertutup rapat tidak bermaya. Suhu badan Haris dirasakan semakin panas.
"Tuti! Saya nak bawa Haris ke klinik...!" Jerit Zelda sambil menggapai kunci kereta di atas meja konsol di ruang tamu. "Iya buk...!" Kedengaran suara pembantu rumahnya sayup-sayup menyahut dari bilik yang terletak di hujung dapur.
"Mana pulak purse mama ni, sayang..." Bisik Zelda seolah-olah sedang bercakap dengan si kecil Haris. Anaknya yang baru berumur dua tahun itu hanya diam membungkam. Matanya tertutup rapat dan nafasnya turun naik.
Seharian ini suhu badan Haris panas tak reda-reda. Siang tadi, anak bongsunya itu hanya terkulai layu di atas sofa sepanjang hari sambil memerhatikan kedua-dua abangnya berlari dan bermain girang di depan mata. Pilu sungguh hati Zelda melihat keadaan Haris.
Sebaik sahaja dompetnya ditemui, Zelda terus bergegas keluar menyarung kasut sambil diperhatikan oleh pembantu rumahnya. Hatinya semakin risau apabila Haris tiba-tiba sahaja muntah sebentar tadi. Dia tahu dia harus bawa anaknya ke klinik dengan segera.
"Mama!"
Zelda menoleh ke belakang. Kelihatan Ashraf, anaknya yang nombor tiga terpusu-pusu turun dari tangga dengan baju tidur dan rambut yang kusut masai. Mulut Ashraf mencebik seakan-akan mahu menangis. 'Aduh, dah datang budak bertuah ni pulak...' Desis hatinya.
Beberapa saat menuruni anak tangga, Ashraf sudahpun tercegat di muka pintu sambil mendongak memandang ibunya. Bibirnya masih lagi mencebik dan dia buat muka kasihan. Comel. Tetapi Zelda tidak ada masa untuk melayan karenah Ashraf kerana dia harus bergegas segera.
"Ash... Please. Go back to your room. Sleep!" Zelda menarik muka. Sebelah tangannya dihalakan ke arah anak tangga.
"No! Can I follow you?" Lembut sahaja nada suara anaknya itu bertanya.
"No, cannot Ashraf. Mama in hurry, Haris sakit. Kesian adik!"
Serentak itu juga, Tuti memegang lembut tangan Ashraf untuk mendukungnya. "Ash, mari kita tidur ya–" "NO!!!" Ashraf menjerit lantang sambil menarik tangannya. Dia mula menggelupur dan meronta-ronta di atas lantai.
"Ash nak ikut mama!! Ash tak nak tinggal!! Huwaaaa!!!"
"Ashraf Zildan! Listen to me!" Zelda meninggikan sedikit suaranya. Dia mencangkung di sebelah Ashraf sambil memegang tangan Ashraf. Haris di bahu kirinya hanya terlekap dan membungkam, sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang sedang berlaku.
"Dah tengah malam sekarang ni. You cannot go out. I call Sofie to bring you up, okay? You sleep with kakak, okay?"
Ashraf menggeleng kepala sambil teresak-esak menangis!
"Ma... Don't let go of my hand. Bagi... Ash ik...uttt..." Suara Ashraf terputus-putus akibat esak tangisnya. Zelda menghela nafas panjang. Dia kalah!
"Okay-lah, okay... Cepat pakai selipar!" Zelda menarik tangan Ashraf sambil menyuakan sepasang selipar kecil buat Ashraf. Sebaik sahaja mendengarkan kata-kata ibunya itu, Ashraf cepat-cepat bangun dari lantai dan drama air matanya tadi terus hilang!
![](https://img.wattpad.com/cover/257929884-288-k574915.jpg)
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
Lãng mạnMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...