Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut di kota 'syurga dunia' bagi sesetengah manusia.
Amsterdam.
Dengan suhu serendah 12⁰C, keadaan petang itu sungguh sibuk disamping langit yang cerah dan ceria. Jalanraya penuh sesak bukan sahaja dengan kenderaan bermotor tetapi juga dibanjiri dengan penunggang basikal, salah satu kaedah pengangkutan yang popular di sana. Beratus buah basikal boleh dilihat tersadai di bahu jalan dan di ceruk lorong.
Sebuah bas pengantara berwarna biru putih milik Sheraton Hotel berhenti di hadapan Amsterdam Centraal Station, hub pengangkutan awam yang mirip KL Sentral jika di Malaysia.
Ashraf bersama rakan-rakan sekerja turun daripada bas tersebut namun bayang Kapten Zamani tidak kelihatan. Kalau bersama Lara dulu, ke ceruk mana pun sanggup dia berjalan kaki sambil berpegangan tangan. Setiap langkah dinikmati dengan suasana panorama kota, sungguh bahagia. Tetapi tanpa Lara, semua itu mati.
Kepulan asap nipis keluar daripada mulut Ashraf apabila kaki menjejak tanah. Dia segera memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket hoodie sweater yang dipakainya. Sejuk!
Mata Ashraf melihat sekeliling... Hatinya terkoyak. Kali terakhir di sini, dia bersama Lara. Kini sosok itu entah ke mana, entah apa khabarnya. Perasaan sugul menyelubungi raut wajah Ashraf yang selamba. Tiada seorang pun tahu gelora perasaan yang sedang membaham dirinya.
"It's quite windy today!"
Kedengaran Kapten Tan bersuara sebaik sahaja kesemua krew Singapore Airlines turun daripada bas. Perut masing-masing sudah berkeroncong setelah tujuh jam berehat di bilik masing-masing. Tetapi Kapten Zamani masih lagi tidur di hotel.
"Are you guys going to McDonald's?" Tanya Ashraf kepada Kapten Tan dan rakan-rakan krew yang lain.
"Yeah, that's already 'by default' and feasible option." Lelaki yang berumur pertengahan 40-an itu tersengih memandang Ashraf.
"Are you in?" Tanya salah seorang pramugari dalam kumpulan mereka.
"Nah, I'm going to the 'Halal Food' shop." Jawab Ashraf.
"Halal food shop??"
Kata-kata Ashraf itu menarik perhatian Faliq, seorang juruterbang junior yang baru sahaja tamat daripada latihan kadet. Oleh kerana Faliq juga berbangsa Melayu, perkataan 'halal food shop' di tengah-tengah bandaraya asing itu sangat menarik perhatiannya.
"Yups, kebab and fries. You wanna join?"
"Yeah, for sure!" Mata Faliq kelihatan bersinar-sinar memandang Ashraf.
"Okay, but I'll be going back to the hotel after churros. So... If you wanna wander around later, we'll have to go separate ways..."
"Yeah, that's totally fine for me. Maybe I can catch up with you guys later?" Tanya Faliq pula kepada krew-krew yang lain. Mereka semua mengiyakan saja.
Lantas mereka menyeberangi jalanraya yang penuh sesak dan tiba di hadapan Park Plaza Victoria Hotel, bangunan tertua di Netherlands yang kini dijadikan hotel lima bintang.
Bangunan berwarna putih dan berseni bina Victoria itu tersergam sungguh indah, pernah menarik perhatian Lara.
"Sayang...! Cantiknya building ni! I nak rumah macam ni! Boleh tak sayang...??"
Teringat suara Lara yang manja dan lunak ketika mereka lalu di sini dahulu.
"Mana ada rumah macam ni dekat Malaysia?" Jawab Ashraf, senyum memandang Lara yang sedang memeluk lengannya.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...