Bab 66

262 31 46
                                        

Satu minggu telah berlalu dengan pantas, mencambahkan benih-benih rindu pada hati mereka yang bercinta.

'Princess, hope I won't wake you up. I'm about to pushback. But I'm really missing you :(' - My MWB

Dalam pada mamai, mata Lara membaca mesej tersebut bersama ukiran senyuman di bibir. Tertera waktu mesej itu dihantar pukul 2 pagi tadi manakala waktu ketika ini sudah hampir pukul 10 pagi. Lara mencium skrin telefon bimbit itu lalu dibawa ke dada, seolah-olah memeluknya. Seolah-olah mencium dan memeluk Ashraf. Mata ditutup rapat dan wajah lelaki itu muncul di kanvas fikirannya.

Saat ini rindunya terhadap lelaki itu juga membuak-buak tetapi Lara tahu, Ashraf masih berada di atas awan. Jarinya menekan butang untuk membalas SMS Ashraf dengan harapan lelaki itu akan terus membacanya sebaik sahaja mendarat nanti.

'I miss you too... Mmuah. You fly pergi mana?'

'Sent'.

Lantas Lara bangun daripada katil dan membuka laci meja.

Sewaktu dia berbaring kembali di atas katil, tangannya memegang kamera digital Sony milik Ashraf. Kamera yang menyimpan gambar-gambar mereka di Amsterdam. Ashraf menyuruh Lara menyimpan dahulu kamera itu supaya dapat menyalin kesemua gambar-gambar mereka ke dalam komputer riba Lara.

Apabila kamera tersebut dihidupkan, terpampang gambar Ashraf yang sedang berdiri dan tersenyum nipis, kaku memandang kamera.

Lara tertawa sendirian. Memang Ashraf camera shy seperti dia katakan kepada Lara. Jari Lara menekan lagi ke gambar yang lain. Kelihatan pula gambar Ashraf seakan canggung memandang kamera ketika mereka sedang makan pizza. Sekali lagi Lara ketawa. Dia teringat Ashraf memarahinya kerana asyik mengambil gambar tetapi Lara tidak peduli! Dia suka mengambil gambar Ashraf walaupun semuanya nampak kaku. Lara rasa comel! Bibir Lara tersenyum lagi...

Tittt!

Bunyi SMS masuk mematikan lamunannya. Eh? Adakah balasan SMS Ashraf? Atau... Mungkin juga SMS daripada Huzaimi. Lara membuka SMS tersebut.

'Hi you. Good morning! How are you today?' - Fahd YM

Bibir Lara menyenget. 'Ah, sibuk ajelah!' Getus hati Lara lantas telefon itu dicampak perlahan ke tepi. Dia menatap kembali gambar-gambar di dalam kamera.

Jarinya terhenti pada satu gambar yang mereka ambil bersama. Kelihatan kepala mereka dirapatkan sebelah menyebelah. Lara tersenyum lebar manakala Ashraf pula hanya dengan senyuman nipis.

"Kenapa you susah sangat nak senyum bila tangkap gambar?!"

"Tak tau. Kenapa pulak nak kena senyum pada kamera?"

"Pfft! Ashraf! You senyumlah jugak, janganlah bagi I nampak excited sorang-sorang! Jom kita ambik sekali lagi."

Teringat perbualan mereka mengenai gambar tersebut dan apabila Lara menyingkap ke gambar sebelah, kelihatan gambar yang sama tetapi kali ini senyum Ashraf sudah lebar, cuma gambar itu senget sedikit ke tepi. Lara tertawa sendirian. 'Handsome je! Tapi kekok gila nak ambik gambar! Patutlah tak boleh jadi model!' Getus hatinya. Terasa kelakar dengan keletah si cinta hati.

Ting tong!

Loceng rumah berbunyi mematikan sorotan memori di Amsterdam bulan lepas. Lara berdecip sambil bangun menuju ke pintu rumah dan apabila dibuka, seorang lelaki penghantar bunga memegang sejambak bunga matahari yang segar dan sungguh cantik!

Setelah menandatangani invois penerimaan, Lara menutup kembali pintu rumah.

'You are my sunshine.'

MWB - Mr Wing BadgeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang