Selepas melihat batu serpihan Marikh dan bulan, Lara dan Ashraf meneroka lagi di ruangan aras bawah tanah di balai cerap tersebut.
Ashraf perhatikan Lara sentiasa teruja setiap kali membaca informasi dan fakta-fakta mengenai angkasaraya. Tak sia-sialah dia membawa gadis itu ke sini, fikirnya.
"You ni salah ambik course-lah, hun. You should be an astronomer."
Lara tertawa dan hanya mengiyakan sahaja. Memang sewaktu di bangku sekolah dahulu, dia pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi, tetapi... Entah! Ayah dan ibunya hanya tahu bergaduh siang dan malam, dan dia tiada masa untuk memikirkan masa hadapannya. Waktu itu dia lebih risaukan nasib keluarganya daripada memikirkan nasib diri sendiri.
"I rasa kalau I ada anak nanti, I nak dedahkan dia dengan benda-benda macam ni dan I nak dia jadi astronomer." Kata Lara sambil melihat model planet-planet yang tergantung. Ya, jika suatu hari nanti dia mempunyai anak, dia tidak akan mengulangi kesilapan ibu dan ayahnya namun, asas yang perlu dia ada ialah ikatan cinta yang harmoni di antara dia dan suaminya nanti.
"Hmm..." Ashraf mencebik bibir. "Tapi make sure lepaskan sorang tu jadi pilot dulu. The next one baru boleh jadi astronomer."
Mata mereka terus bertembung.
"Kenapa anak I ada yang kena jadi pilot??" Wajah Lara berkerut sambil tersenyum kelat. Dia faham tetapi sengaja buat-buat tak faham.
"Sebab ayah dia nak dia jadi pilot."
Lara ketap bibir menahan tawa tetapi apabila melihat Ashraf ketawa, dia turut ketawa sama. Lara membuat jarinya seolah-olah ingin mencubit Ashraf tetapi kali ini Ashraf cepat-cepat mengelak.
"I harap si astronomer tu tak rebel macam ayah dialah, orang suruh jadi engineer nak jadi pilot! Nanti I suruh dia jadi astronomer, dia nak jadi pilot jugak. Macam mana??" Lara sengaja melayan. Hal Huzaimi ke, hal restu mak bapak dan keluarga semuanya dia campak ke belakang ketika ini! Bukankah dia sekarang girlfriend si Ashraf Zildan Zamani?
Ashraf dia lihat tersenyum lebar dan wajahnya merah! Lara memautkan tangannya pada lengan Ashraf. Tiada kata yang terucap oleh kedua-duanya dan mereka terus berlalu daripada ruangan pameran planet-planet di situ.
Akhirnya, Lara dan Ashraf tiba di papan informasi yang menceritakan tentang jenis-jenis buruj dan bintang di langit. Inilah masanya Lara dapat melihat dan membaca sendiri tentang buruj 'Ursa Major, The Great Bear' atau yang dikenali sebagai 'the polar bear constellation' seperti diberitahu Ashraf ketika mereka di Genting Sempah.
Seronok sungguh Ashraf dapat membuktikan kesahihan itu pada Lara dan mereka dilihat menunjuk-nunjuk ke carta buruj yang tertera di bumbung balai cerap tersebut...
"Honey...!"
Lara yang sedang membaca sesuatu pada papan informasi itu menoleh apabila dipanggil. Kelihatan Ashraf tercegat di sebuah laluan tidak jauh daripada tempat Lara berdiri dan lelaki itu juga melambaikan tangan, memanggil Lara datang kepadanya.
"Ada apa?" Tanya Lara sebaik sahaja tiba di sisi Ashraf.
Ashraf tersengih. "Hmm... Laluan ni nama dia 'The Cosmic Connection'. Kalau mat saleh yang practice all sort of these spiritually things, diorang ada banyak teorilah pasal connection between two souls and so on. But put that thing aside. Dekat Cosmic Connection yang ini, I nak tunjuk pada you sebanyak mana I cintakan you."
Kening Lara berkerut tetapi dia tersenyum lebar. "Wow, interesting. Okay... Banyak mana?"
"Tutup mata."
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
Lãng mạnMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...