Bab 55

219 27 27
                                    

Keadaan di halaman rumah banglo Taman Serene itu sungguh meriah. Di satu sudut, pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut terhidang di atas meja banquet yang berhias indah. Sebuah kek harijadi sangat kemas buatannya, sedia untuk dipotong sebentar nanti. Kanak-kanak kecil dan sebaya Martin terjerit pekik ketawa. Mereka berlari dan bermain dengan riang sekali.

"Hi aunty! Jemput masuk!" Kedengaran Noree menyambut tetamu-tetamu yang datang dengan mesra sekali. Di satu sudut, Ashraf yang melihat gelagat Noree itu mengherotkan mulut sambil menjeling. Macam tuan rumah pula lagaknya! Lantas dia berlalu daripada situ untuk masuk ke dalam rumah. Dia hendak lepak di dalam biliknya sahaja. Keadaan bersesak-sesak begitu membuatkan Ashraf berasa rimas. Menengokkan perangai Noree lagilah dia rimas!

Zelda yang berada tidak jauh daripada situ pula tersenyum girang. Melihatkan Noree yang tidak kekok melayan tetamu bersama Sofie, dia rasa gadis itu memang sajak untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya.

"Eh, Zel...! Siapa budak perempuan yang sambut tetamu tu?" Salah seorang rakan Zelda menyinggung lengannya. Kelihatan gayanya seperti mak datin.

"Oh, tu anak bongsu Kapten Idris, merangkap 'bakal' member of the family!" Zelda senyum lebar.

"Eh, bakal?! Anak you yang mana satu ni?!" Nada suara wanita itu seolah-olah teruja.

"Ashraf..."

"Oh, girlfriend Ashraf ke?! Finally!" Wajah wanita itu ceria.

"Diorang sebenarnya baru nak berkawan-kawan... Tapi daripada kecik lagi diorang dah kenal, Zam kan baik dengan Kapten Idris."

"I see..." Wanita itu mengangguk. Dia kenal dengan Kapten Idris kerana dia juga dahulu seorang pramugari, sezaman dengan Zelda.

Waktu itu juga, sebuah kereta Toyota Prius masuk ke halaman rumah.

"Eh, itu macam Kak Ros je." Kata wanita mak datin itu. "Oh, ye lah! Zu, kejap ye. I pergi sambut dia." Zelda segera mengorak langkah.

"Assalamualaikum, Kak Ros!"

"Waalaikum salam, hai! Hari ni kita datang driver yang hantar!" Seloroh wanita yang sedikit berusia daripada Zelda. Mereka berdua tertawa.

"Siapa tu?" Tanya Zelda.

"Anak bujang kita. Daripada dia tak buat apa dekat rumah, baik dia jadi driver kita-"

"Eh, jemputlah dia masuk sekali!" Suara Zelda meninggi.

"Takpe ke kita plus one?" Tanya Rosidah pula.

"Hish, akak ni mengada-ngadalah. Ini bukannya hotel! Masuk je, makanan banyak! Siapa nama anak akak?"

"Reza!"

Lantas Zelda membongkok sedikit untuk melihat pemuda tersebut di tempat duduk pemandu.

"Ha Reza, you pergi cari parking spot. Dekat luar ada kot, dalam ni dah penuh. Come and join us ya?"

Mata mereka bertembung.

"Okay, aunty." Reza senyum.

"Jangan malu-malu. Anak bujang aunty ada, Haris and Ashraf can accompany you. Pergi cari parking dulu."

Reza mengangguk lantas memandu keretanya ke luar mencari parkir...



Tok tok tok!

Ashraf yang sedang bermain gitar seorangan terhenti. "Yes?!" Suara ditinggikan.

"Uncle! Nani asks you to come down!"

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now