"Princess, I wanna ask you a weird question."
Ashraf teringat kata-katanya kepada Lara saat mereka sedang makan tengahari di sebuah kafe vegetarian di tengah-tengah bandaraya Los Angeles.
"Apa dia?"
"Ermm... I nampak telekung dekat sofa bilik you tadi... You sembahyang?"
Dia lihat Lara tersenyum.
Ya, waktu itu Ashraf tidak faham. Selama ini dia sangkakan hanya orang yang baik sahaja yang solat. 'Baik' yang bermaksud orang-orang yang tak ke kelab malam, yang pakai tudung dan tidak seksi atau yang lelaki pula menjaga hawa nafsu. Pendek kata definisi 'orang baik' ini menurut Ashraf Zildan adalah orang yang tidak sosial dan yang menjaga batas dan tertib seorang Muslim. Bukan yang moden seperti Lara. Yang selalu 'huha-huha' dan selalu berdosa. Akan diterimakah solat orang-orang yang berdosa? Dia kehairanan.
"Mana ada manusia biasa yang tak buat dosa?"
Ashraf masih ingat bagaimana dirinya terkaku saat mendengar ayat Lara itu. Betul juga... Tiada manusia biasa yang sempurna dan bebas daripada melakukan kesalahan. Dan apabila manusia melakukan kesalahan, maka di situlah terbitnya punca-punca dosa. Namun entah kenapa perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran Ashraf untuk dia kaitkan dengan kewujudan syurga dan neraka. Tidak pernah terjangkau dek akal...
"Ash... Syurga tu bukan untuk orang-orang yang perfect."
"Habis tu?"
Ashraf masih ingat lagi bagaimana Lara tertawa kecil sambil menatap wajahnya. Kini Ashraf sungguh merindukan renungan mata itu.
"Sayang, mana ada manusia yang perfect? Kalau manusia perfect je yang boleh masuk syurga, alamatnya dekat dalam tu cuma ada rasul-rasul Allah dan para nabi je lah. Yang maksum, yang terpilih."
Ashraf terpempan. Kata-kata itu seakan memberi satu perspektif baru buatnya tentang perkara yang selama ini dia ambil enteng.
"Sayang, sepanjang hidup ni I dah belajar satu perkara... Kita semua pendosa and we sinned differently. Masing-masing ada buat dosa tak kiralah sama ada sengaja atau tak sengaja. Ada orang berdosa sebab tak tutup aurat macam I, ada orang berdosa sebab minum arak macam you. Ada orang berdosa sebab mengumpat dan ada juga yang berdosa sebab hasad dengki. Ada yang riak, melakukan perbuatan syirik, tabur fitnah pada orang... Dan macam-macam lagilah."
"Tapi dalam pada masa yang sama, semua orang jugak ada kebaikan sendiri. Ada orang suka tolong orang, ada orang suka bersedekah, ada yang suka berzikir dan beribadat... Ada yang suka gembirakan hati orang-orang di sekeliling mereka, ada yang selalu bersyukur, yang selalu berlapang dada, ada orang yang amanah and the list goes on..."
"Bagi I... Antara buruk dan baik manusia ni, yang paling penting kita kena selalu perbaiki diri. Sebab I percaya, pasti ada tempat di syurga untuk orang yang selalu berusaha ke arah kebaikan. Dan kalau bercakap pasal syurga, the first thing to start with, mestilah dengan solat sebab itu perkara pertama yang akan dikira nanti bila kita meninggal dunia. So... Solat je lah walaupun kita tahu diri kita masih tak sempurna. Ala, kalau nak tunggu sampai jadi perfect, semua orang tak kan perfect. So just do it step by step. Yang penting ada progress, lebih bagus daripada tak solat langsung, kan? Lagipun, kalau nak berdoa kenalah solat. Nak meminta daripada Allah tapi tak solat, macam mana?"
Waktu itu otak Ashraf bagaikan tersumbat dengan pelbagai input yang dia dengar. Dia masih lagi keliru kaitan antara solat dan doa. Kenapa kena berdoa? Nak doa tentang apa? Nak minta apa daripada Allah? Bolehkah meminta sedangkan kita sendiri harus berusaha? Itulah antara persoalan yang berlegar di fikiran. Agak lama juga Ashraf mendiamkan diri sehingga Lara menegurnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...