Bab 92

183 24 15
                                    

Fahd mematikan enjin kereta. Hari sudah larut malam apabila dia tiba di rumahnya di Rantau Abang.

Badan tersandar lemah, penat memandu hampir enam jam daripada KLCC tadi. Mata Fahd terpejam dan dalam kegelapan itu, wajah Lara muncul dalam fikiran.

Gadis itu akan sampai ke Malaysia esok petang. Serta-merta perasaannya bercampur baur.

Terasa sukar.

Dia tercari-cari apakah perasaan sebenar terhadap tunangnya sekarang.

Sewaktu berhubung melalui Yahoo Messenger dahulu, Fahd rasakan ada sesuatu yang menarik tentang gadis ini. Riang dan betah. Juga peramah. Itulah tanggapan pertamanya terhadap Lara.

Semakin lama perasaan itu tumbuh semakin mekar setelah dia melihat gambaran sebenar diri Lara melalui gambar pasport yang tertancap pada resume Lara. Masya Allah... Cantiknya kejadian seorang manusia! Dan selepas pertemuan pertama di Hotel Concorde Shah Alam, Fahd telah jatuh cinta pada gadis itu.

Namun kini... Rahsia Lara telah terbongkar. Rupa-rupanya di sebalik kecantikan itu, Lara adalah seorang Lara seorang model bikini dan yang paling dia tidak dapat terima adalah tentang Ashraf Zildan!

Keparat! Kedua-duanya sekali keparat!

Kejadian itu membuatkan Fahd kurang pasti apakah perasaannya terhadap Lara. Dia cuba menyelongkar kotak hati dan perasaannya dan apa yang dia ditemui saat ini adalah;

Kecewa.

Tertipu.

Marah.

Dipermainkan.

Dan jauh di sudut hati, dia berasa rendah diri.

Lihatlah raut wajah si Ashraf Zildan seperti yang tertancap pada buku catatan Lara. Memang tampan, malah dia sebagai lelaki pun mengakui ketampanan lelaki keparat itu. Jika dipadankan dengan tunangnya bagai cincin dengan permata.

Lalu Fahd tertanya-tanya siapakah dia di hati Lara?! Kenapa Lara masih mendambakan lelaki keparat itu?! Fahd makin panas hati!

Kini segala perasaan dan rasa sakit hati bercampur menjadi satu: Dendam.

Namun adakah dendam sahaja yang ada dalam hatinya?

Fahd buka mata dan termenung.

Tidak... Bukan semata dendam. Jauh di sudut hati, masih ada lagi rasa sayang yang tersisa. Dia masih inginkan Lara, tetapi Lara seperti yang dia sangkakan dahulu. Lara yang dia sangkakan naif, Lara yang bukan model bikini, Lara yang tidak terdapat nama Ashraf Zildan dalam hati gadis itu...

Lelaki itulah yang menyebabkan dia sering memaki hamun Lara tatkala api kemarahannya bertiup. Dia cemburu dengan kedudukan istimewa Ashraf Zildan di hati Lara. Dia mahu Lara menginginkan dirinya seperti mana gadis itu menginginkan Ashraf. Apa yang Lara tergila-gilakan sangat dengan lelaki keparat itu?! Adakah semata-mata kerana rupa? Huh, cilaka!

Tetapi tak mengapa. Fahd masih ada sesuatu yang membuatkan dia masih bertahan; iaitu habuan wang RM300,000 daripada Sharina.

Dan jumlah ini masih ada berbaki seratus ribu ringgit lagi menjelang perkahwinannya dengan Lara nanti.

Fahd tersenyum.

Itulah pengubat sakit hatinya selama ini... Duit yang sangat banyak!


* * * * *


Suasana di Changi Airport bergema dengan pengumuman dan panggilan masuk penerbangan.

Natasha sedang melangkah laju bersama beg bagasi tiba-tiba sahaja terhenti apabila matanya terlihat dua sosok tubuh daripada kejauhan.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now