Bab 40

218 19 4
                                    

'I baru nak breakfast, princess. My mom masak nasi lemak with sambal sotong, my favourite. Maybe I dapat special treatment ni sebab kapal terbakar semalam kot. Haha.'

'Send'.

Selepas membalas SMS Lara, Ashraf terus memulakan sarapannya dengan penuh berselera. Tambah pula dia sudah berhubung semula dengan Lara. Bukan setakat makan saja berselera, tidurnya pun sudah nyenyak!

"Bila incident meeting you tu?" Tanya Zelda sambil memakan sambal sotong bersama roti wholemeal. Pagi itu mereka hanya bersarapan dua beranak sahaja.

"Lusa. SQ dengan GE nak review report dulu." Kata Ashraf. GE Engine adalah pengeluar enjin pesawat Boeing 747 tersebut. Kelihatan Zelda hanya mengangguk.

"Mama terjaga pukul tiga pagi semalam... Lepas tu sampai ke subuh tak boleh tidur. Gerak hati seorang mak agaknya, bila anak dekat atas awan dalam bahaya."

Ashraf tertawa kecil. "Tak ada apa-apalah ma, orang selamat. Semua orang selamat." Ujarnya.

"Yelah. Tapi waktu nasib you tengah fifty-fifty dekat atas sana, mama tak boleh tidur walaupun mama tak tahu apa yang sedang terjadi!" Suara Zelda kedengaran tegas dan kali ini Ashraf ketawa sambil menggelengkan kepala.

Keadaan menjadi sepi seketika.

"Oh... Hari tu sebelum you balik daripada Hawaii, Uncle Eid datang sini." Zelda memandang wajah Ashraf daripada hujung matanya.

"Oh, okay." Itu saja balasan Ashraf. Dia terus menyuap nasi dengan berselera sekali.

Diam.

Zelda ternanti-nanti juga pertanyaan daripada Ashraf tentang kedatangan Uncle Eidnya itu, tetapi kelihatan anaknya itu tidak ambil pusing.

"Hmm... Dia datang sini sebab nak bersaudara dengan kita." Kata Zelda.

"Hah??" Ashraf memandang ibunya dengan wajah yang berkerut. Dia rasa sungguh pelik dengan ayat tersebut tetapi ibunya itu kelihatan senyum tersipu-sipu.

Ashraf terus sambung makan. "Kenapa nak bersaudara pulak? Selama ni kita treat dia memang macam saudara apa?" Kening Ashraf mencerun sambil mengaup nasi.

"Nak rapat lagilah." Zelda senyum lagi.

"Nak rapat macam mana lagi??"

"Dia nak jadikan you menantu dia."

"WHAT?!!" Hampir-hampir sahaja Ashraf tercekik. Wajahnya tercengang memandang Zelda.

Terdiam.

"Hish! Mengarutlah, ma." Ashraf terus sambung makan manakala wajah Zelda terus berubah.

"Apa pulak mengarut? Betullah...!"

Ashraf ketawa.

"Siapa...? Anak dia yang mana satu ni?" Tanya Ashraf lantas ketiga-tiga wajah anak perempuan Kapten Idris terimbas di fikirannya seorang demi seorang. Masakan dia tidak kenal, semenjak daripada sekolah rendah lagi dia biasa melihat anak-anak kaptennya itu. Malah Sofie juga agak rapat dengan kakak yang sulung.

"Anak dia yang bongsu tu lah."

"Hah?? Yang pakai braces tu??"

"Itu masa sekolah dulu! Sekarang dah besar panjang, dah cantik dah."

"Ye, orang tau dia pakai braces masa sekolah. Cuma nak ingatkan balik yang mana satu."

Keadaan terdiam semula.

"Si Noree tu study dekat Melbourne... You cubalah berkawan-kawan dengan dia."

"Ma... Jatuh maruah orang sebagai lelaki paling macho dalam JB dan Singapore kena lamar macam ni ma! Orang tak naklah!" Ashraf bergurau sambil ketawa.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now