Bab 62

240 34 60
                                    

Sebaik sahaja Lara menerima baki duit di kedai cenderamata tersebut, dia dan Ashraf segera melangkah keluar.

Langit malam kelihatan gelap tanpa cahaya bulan tetapi keadaan di Red Light District tidak kurang sibuk, malah semakin meriah. Bangunan dan lorong-lorong berlampu merah nampak semakin ketara pada waktu malam. Keadaan di pub dan cafe juga penuh dengan pengunjung apatah lagi di tempat-tempat pertunjukan seks dan kabaret. 

Lara dan Ashraf jalan melenggang menyusuri lorong-lorong yang penuh nista itu sambil berpimpin tangan. Sesekali mereka tertawa melihat gelagat-gelagat manusia yang bermacam ragam. Namun jauh di hati Lara dia bersyukur kerana dapat merasai pengalaman mengembara ke negara-negara yang tidak pernah dia terfikir untuk sampai. 

Sewaktu merentasi lorong terakhir untuk keluar daripada kawasan Red Light District tersebut, Lara dan Ashraf terlihat sekumpulan pemuda sedang bersorak-sorak dengan penuh keterujaan dan berkata sesuatu sesama sendiri. Salah seorang daripada mereka sudah pun berdiri di pintu yang bersebelahan dengan 'tingkap merah'. Gamat sungguh suasana di situ.

Lara memerhatikan saja gelagat mereka semua dengan wajah yang penasaran. Selepas itu, dia memandang pula ke wajah Ashraf dan kelihatan Ashraf tersenyum nipis sambil tunduk berjalan.

"Kenapa diorang tu sayang? Kenapa you senyum?" Tanya Lara, busy body.

"Diorang tengah push kawan dekat pintu tu untuk masuk dan langgan pelacur dalam tingkap tu... Tak tau sama ada mamat tu virgin atau diorang tengah buat bachelor party, tapi lebih kurang macam tu lah kalau dengar daripada cara percakapan diorang."

"What?! Urgh! Jahanam punya kawan-kawan!" Kata-kata Lara itu menyebabkan Ashraf tertawa gelihati.

Tiba-tiba Lara teringat sesuatu. Dia lantas mengeluarkan gula-gula lolipop berwarna hijau yang dibeli di kedai cenderamata tadi.

CANNABIS FLAVOURED CANDY

Begitulah yang tertulis di plastik pembungkus tersebut. Lara dan Ashraf berpandangan sesama sendiri dan bibir Lara mengukirkan senyuman.

"Sayang, kalau I jadi high lepas makan lolipop ni macam mana?" Sengih.

"I pergi sue kedai souvenir tu."

Serentak itu mereka tertawa. 'Nerd! Patutnya join-lah sekali!' Ejek Lara dalam hati.

Sememangnya gula-gula berperisa ganja itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pemakannya kerana ia tidak mengandungi sebarang campuran ganja langsung. Tambahan pula kata Ashraf, ada rakan-rakan krunya yang membawa balik lolipop tersebut untuk diberikan kepada rakan-rakan mereka di tanahair. Oleh itu, Lara membelinya untuk Zieta dan Korie.

Sebaik sahaja Lara menghisap gula-gula tersebut, dia berdecip beberapa kali.

"Hmm... Rasa macam tumbuhan... Manis. You pernah rasa?"

"Tak."

"You nak rasa?" Lara mengacu gula-gula tersebut ke mulut Ashraf tetapi lelaki itu seakan mengelak.

"Tak nak."

"Kenapa...?" Mata Lara membulat memandang ke wajah Ashraf yang beriya mengelak manakala lelaki itu pula tertawa.

"Entah, tak pernah terfikir pun nak rasa. Lagipun rasa dia manis je kan? Nothing special pun."

"Kalau nak yang special you belilah space cake!" Ujar Lara dan mereka sekali lagi ketawa...



Selepas makan malam di restoran Arab sebentar tadi, Lara dan Ashraf bersetuju untuk menghabiskan malam terakhir mereka hari itu di Vondelpark, iaitu sebuah taman yang terletak betul-betul di sebelah Mariott Hotel Amsterdam.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now