Pak!
Pemetik api tu terdampar di atas meja di dalam bilik Lara dan dia menghembuskan asap rokok. Dia baru sahaja bangun daripada tidur dan membuat secawan 'hot chocolate'. 'Swiss Miss Milk Chocolate Hot Cocoa Mix' yang Ashraf belikan untuknya di Broadway Market tempoh hari. Mereka ke sana semata-mata untuk membeli barang yang satu ini dan kata Ashraf ini adalah jenama hot chocolate yang paling sedap pernah dia rasa.
Slurp...
'Hmm... Sedap.'
Patutlah kata Ashraf setiap kali penerbangannya ke Los Angeles, dia pasti akan membeli 'hot chocolate' jenama ini. Untuk 'stock up' katanya. Memang sedap! Rasa kokonya agak kuat dan terasa coklatnya.
Lara menyedut rokok pula. Mood pagi ini awal-awal lagi merudum dek kerana terkenang-kenangkan saat gembira di Los Angeles yang kini sudah jauh dia tinggalkan. Kesibukan kota Hollywood yang dipenuhi oleh deretan pokok palma di sepanjang jalanraya terbayang-bayang di mata. Arh, post vacation syndrome! Campur jetlagged lagi. Urgh!
Lara berjalan seakan-akan orang mamai melalui beg bagasinya yang terbuka luas di atas lantai dan berbaring semula di katil. Rokok masih terselit di jari.
Mata ditutup dan wajah Ashraf terpacul di kotak fikiran.
Ah. Rindu!
Ini pagi yang pertama tanpa Ashraf selepas empat hari bersama. Sudahlah post vacation syndrome, rindu pula pada lelaki itu. Tangannya mencapai telefon bimbit lantas menaip sesuatu.
Dia tekan butang 'Send'.
Rokok dihisap lagi.
Teringat ketika di dalam kereta Range Rover hitam milik ayah Ashraf sewaktu perjalanan pulang daripada Changi Airport ke Shah Alam semalam. Ashraf memasang lagu-lagu kumpulan Dewa19 dan mereka menyanyi bersama-sama sambil tertawa gembira. Dan apabila Ashraf letih atau mengantuk, mereka akan singgah di RnR untuk tidur atau berehat sebentar. Lima buah RnR mereka singgah semalam dan akhirnya perjalanan daripada Changi Airport ke Shah Alam itu memakan masa selama lapan jam! Walaupun lama tetapi sangat gembira. Lara tersenyum sendirian.
Kemudian Lara terkenang pula saat dia bertemu dengan Kapten Zamani. Atau Uncle Zamani! Sekali lagi dia tersenyum. Aura Kapten Zamani memang ada pada Ashraf. Cara percakapan mereka, gaya bahasa tubuh dan sikap sinikal dan garang Ashraf sama seperti ayahnya! Ya, Lara tahu selama ini Ashraf melayannya dengan penuh kelembutan tetapi apabila baju seragam itu tersarung di tubuh, sikap serius Ashraf terpampang dengan jelas. Patutlah sesetengah kru memanggilnya 'FO Poyo'. Lara tersenyum lebar.
Bunyi SMS masuk menyedarkan dia daripada lamunan.
'Hey... I baru nak gerak daripada Ukay Heights, hun. Err... Princess! ;)' - My MWB
Lara tertawa! Dia menaip lagi.
'Actually I tak suka you panggil I 'honey'.' - Princess
'Huh? Kenapa?' - My MWB
'Sebab bila you sebut, macam you panggil nama perempuan lain! HANI! ;P' - Princess
'Oho... Kes cemburulah ni?' - My MWB
'Haha! Cemburu I cuma pada Natasha je!' - Princess
'Apa yang you nak cemburu pada dia? Bukannya I layan dia pun?' - My MWB
'Cemburulah sebab dia bagi serviette yang ada lipstick pada you!' - Princess
'Dah you tak nak flirt dengan I, bila orang lain flirt you marah pulak! ;P' - My MWB

YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...