Sebuah Proton Perdana V6 berwarna hitam tiba di perkarangan rumah banglo dua tingkat di Taman Serene pada hari Sabtu itu.
Haris menanggalkan cermin mata hitamnya lalu diletakkan di tempat duduk penumpang sebelah. Dia baru sahaja tiba di rumah familinya itu daripada Kuala Lumpur. Matanya mengecil akibat silauan matahari yang panas terik pada tengahari itu. Di halaman rumah, kelihatan beberapa buah kereta berbagai jenama tersadai di ruang yang luas. Dahi Haris berkerut.
‘Siapa pulak yang datang ramai-ramai ni?’ Getus hatinya.
Dia meletakkan keretanya di satu sudut berhampiran dengan kereta Ashraf. Kelihatan kereta sport berwarna merah itu berkilauan disimbah cahaya matahari.
"Pergh... Seksi jugak kereta baru mamat ni!" Bisik Haris seorang diri sambil tersengih membelek kereta Mazda RX8 baru di hadapannya. Dia meninjau-ninjau bahagian dalam kereta tersebut melalui tingkap kereta yang agak gelap.
Selepas mengunci keretanya, Haris melangkah masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikum salam…” Kedengaran beberapa suara wanita menyambut salam.
Mata Haris menangkap satu demi satu wajah yang ada di ruang tamu. Terdapat empat orang wanita termasuk ibunya ada di situ. Semuanya sedang duduk berkumpul sambil mengerumuni beberapa buah beg kertas barangan berjenama. Louis Vuitton, Gucci, Aigner dan entah apa lagi jenama yang ada, mata Haris tidak dapat membaca kesemuanya.
Haris hanya tersenyum dan menganggukkan kepala kepada mata-mata yang memandangnya.
“Hi!” Kedengaran suara Zelda menegur.
“Hi ma!” Jawab Haris pendek. Dia terus berjalan menuju ke arah anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Kesemua wanita di situ hanya tersenyum sambil memerhatikan Haris berlalu.
“Eh, itu anak you kan Zel?” Tanya seorang wanita Melayu yang tampak sudah melebihi separuh abad. Matanya seakan-akan membulat memandang Zelda.
“Yes, that's my anak bujang!” Zelda ketawa.
“Itu Ashraf kan?” Tanya wanita itu lagi.
“Oh, bukan. Yang tu si Haris, the youngest. Ashraf ada dekat atas.” Kata Zelda lagi sambil membelek-belek beg tangan berjenama Aigner itu.
“Oh…” Getus wanita itu sendirian.
“Kak Ros, I want this-lah.” Kata Zelda kepada wanita tersebut. “Alright! That one… After discount is eight hundred euro.” Wanita yang dipanggil Kak Ros itu membelek beberapa helaian resit dalam bahasa Perancis di tangannya.
“Nanti malam akak convert-kan ke RM dan text you jumlah dia ye.” Sambungnya lagi.
“Zu, you sure you don’t want this Aigner handbag yea?” Mata Zelda memandang kepada seorang lagi wanita yang bergaya seperti mak datin.
“Tak nak. I’ve made up my mind, I’m taking this one.” Kata mak datin itu sambil membelek dompet Louis Vuitton di tangannya.
“Bila lagi you nak ikut husband you pergi Paris, Kak Ros? I nak order scarf-lah…” Kata-kata Zelda itu membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Riak wajah mereka seolah-olah terpegun.
“You nak start pakai tudung ke?!” Suara Rosidah, wanita yang dipanggil Kak Ros itu bergema di ruang tamu tersebut. Kelihatan senyuman terukir di wajah masing-masing.
“Actually, I memang dah start cover my hair. Baru start, nak biasakan dulu.” Jawab Zelda. Kata-katanya itu mendapat pujian dan sokongan daripada rakan-rakannya. Jelas kelihatan raut wajah yang ceria di kalangan mereka sementara Zelda sudah tersipu-sipu sendiri.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...