'Kenapa awak susah sangat nak balas SMS saya sekarang??' - Nori Uncle Eid
'Busy.' - Ash Zildan
'Busy dengan pompuan gedik tu ke?' - Nori Uncle Eid
'Macam mana you tau dia gedik? Heh.' - Ash Zildan
Balasan Ashraf itu buat perasaan Noree menggelegak. Jadi betullah perempuan tu gedik?! Fikirnya. Dalam kepala terbayang wajah Ashraf yang tersengih bila terbacakan perkataan 'heh' dalam ayat SMS itu. Noree tahu cara Ashraf menyengih, dia sudah biasa melihatnya berbelas tahun.
'So awak sukalah perempuan gedik?? Mana ada lelaki yang suka perempuan gedik.' - Nori Uncle Eid
'Gedik, suka. Tergedik-gedik, tak suka.' - Ash Zildan
Ashraf tertawa tatkala menaip SMS. Sebenarnya dia memerli Noree.
'Hei Ash, awak ingat sikit ye! Rahsia awak dalam tangan saya. Jangan sampai saya kantoikan awak pada Aunty Zee!' - Nori Uncle Eid
'Whoa. So you mengugutlah ni?' - Ash Zildan
'Not ugut, I'm just reminding you. We must have a fair play, between me and her. And you should give me a chance either.' - Nori Uncle Eid
Ashraf menyengetkan bibir. Kesian pula dia membacanya. Ayat 'give me a chance' itu mengingatkan kepada dirinya sendiri waktu dia sedang berhempas pulas memenangi hati Lara dulu.
'Fair play? This is not a game Nori.' - Ash Zildan
'Noree la!' - Nori Uncle Eid
'Whatever.' Bisik hati Ashraf.
Pandangan dialihkan ke arah kolam renang di hadapannya di kondominium Aquarius by the Park, tempat kediamannya dan Azril. Fikiran menerawang jauh mengingatkan Lara. Kata Lara sewaktu mereka di Amsterdam, bukan mudah untuknya memutuskan hubungan dengan si Mr CEO.
Habis tu, bila? Bila agaknya gadis itu akan putus dengan lelaki itu? Ashraf sudah tidak sabar untuk membawa Lara menemui mamanya dan sekaligus menghentikan rancangan untuk menjodohkan dia dan Noree.
'You nak tak kalau I kenalkan you dengan kawan I? Ada dua orang, handsome, gaya, mutu, keunggulan.' - Ash Zildan
'Awak ingat saya ni bola ke boleh main pass-pass?' - Nori Uncle Eid
'Ooo, okay. Kalau macam tu dengan Azril you nak tak? Korang pernah main hide and seek masa kecik-kecik dulu kan?' - Ash Zildan
'ASHRAF ZILDAN!!' - Nori Uncle Eid
Ashraf tertawa kecil apabila membaca namanya dieja dalam huruf besar. Rasa-rasanya Noree macam marah.
Telefon bimbit itu diletakkan di celah lipatan tuala lantas dia terus terjun ke dalam kolam renang di kondominium serba mewah itu...
* * * * *
Keadaan di Melting Pot Cafe, Hotel Concorde Shah Alam pada tengahari itu sungguh tenang. Huzaimi dan Lara duduk di satu sudut, menikmati makan tengahari bersama. Bagi Huzaimi, ia sama saja makan tengahari seperti kebiasaan tetapi bagi Lara, hari ini kata putus akan diberi.
"I perhatikan sejak you jadi model sepenuh masa ni, you langsung dah tak pedulikan I..."
Huzaimi bersuara sebaik sahaja pencuci mulut dihidangkan kepada mereka. Lara yang baru sahaja menyuap krim karamel ke mulut rasa seperti hendak tercekik. Tetapi bagus juga kerana sejak daripada tadi kepalanya ligat memikirkan bagaimanakah caranya untuk dia membuka perbualan dari hati ke hati ini. Kini akhirnya Huzaimi sendiri yang mulakan dahulu.
![](https://img.wattpad.com/cover/257929884-288-k574915.jpg)
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...