SUASANA di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat pada petang itu sangat lengang dan terasa sungguh kelam. Begitulah keadaannya di setiap fakulti apabila menjelang musim peperiksaan pada setiap semester.
Lara dan rakan-rakannya berjalan dengan langkah yang lesu untuk menghadiri taklimat terakhir subjek Human Resource Management sebelum mereka menduduki peperiksaan pada hari Jumaat minggu hadapan. Selain mendengar taklimat, mereka juga ingin melihat 'carry marks' masing-masing yang akan diberitahu oleh pensyarah mereka di akhir taklimat nanti.
"Wei, korang... Aku rasa aku tengah suffer post travel syndrome-lah." Kata Khyra dengan wajah yang muram. Zieta dan Lara tertawa.
"Dah seminggu lebih kita balik dari Mabul, Khyra oi! Tak habis-habis lagi ke post travel syndrome kau tu?" Ujar Zieta. Kata-katanya itu mengundang gelak tawa mereka bertiga.
"Betullah wei... Aku macam terasa-rasa lagi kita dekat resort tu... Pagi tadi aku bangun je dari tidur, aku stress sebab aku dekat kolej! Aku harap kita masih dekat Mabul..." Khyra buat-buat menangis. Zieta dan Khyra sambung ketawa.
"Eleh... Dia tu yang malas nak pergi kelas... Salahkan post travel syndrome pulak!" Kata Lara sambil mengejek rakannya. Khyra ikut gelak sambil jarinya mencubit lengan Lara menyebabkan gadis itu mengaduh kuat.
Suasana di dalam kelas pada petang itu riuh seperti biasa. Kedengaran suara pelajar-pelajar bersembang dan ketawa sesama sendiri. Ada juga di antara mereka yang sibuk membincangkan sesuatu tentang subjek HRM tersebut. Lara dan dua orang rakannya mengambil tempat duduk di tengah-tengah kelas. Tidak lama selepas itu, pensyarah mereka melangkah masuk sambil memberi salam dan tanpa membuang masa, taklimat dan perbincangan mereka dimulakan dengan segera.
"For chapter five, you can skip that... That has already covered in your last test, so it won't be appearing in your final..." Kata pensyarah perempuan tersebut sambil menulis sesuatu di papan putih. Lara membuat tanda 'X' pada muka surat yang tertulis 'Chapter 5' di buku teksnya itu. Dia berasa agak lega apabila bab lima tersebut tidak termasuk dalam silibus peperiksaan akhir minggu hadapan. Jadi tidak perlulah dia mengulangkaji semula topik 'Personnel Planning and Recruiting' itu lagi.
Sedang Lara tekun mendengar penjelasan tentang tips dan format jawapan daripada pensyarah di hadapan kelas, tiba-tiba dia terasa mejanya bergetar. Lara pasti getaran itu disebabkan oleh SMS ataupun missed call yang menujah masuk ke telefonnya yang telah disetkan ke 'Silent Mode'. Lantas, dia menyeluk tangannya ke dalam laci bawah meja untuk mengeluarkan telefon bimbit daripada tote bag Roxy yang comel berwarna-warni itu. Sejak balik dari Pulau Mabul minggu lepas, Lara masih lagi menggunakan beg Roxy tersebut. Beg yang dia sering pakai untuk percutian ke pantai dan laut.
1 New Message.
Lara menekan butang 'Show'.
'Hi Lara. I hope I don't disturb you. You tengah buat apa tu? Care to chat?'
Kening Lara berkerut. Dia mengamati nombor si penghantar mesej tersebut...
012 22747 400
'Eh? Siapa pulak ni?' Desisnya dalam hati. Nombor itu kelihatan sangat asing. Lalu, Lara menekan butang 'Reply'.
'Sorry, I dalam kelas ni. Siapa ni? SMS or call malam nanti boleh?'
Setelah itu, Lara tekan butang 'Send'. Dia segera memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam laci bawah meja. Keningnya masih berkerut.
'Siapa pulak yang tiba-tiba nak ber-chat dengan aku ni?' Lara tertanya-tanya sendiri. Tumpuannya mula terganggu sedikit. Namun, Lara paksa juga dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap puan pensyarah di hadapan kelas.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
Roman d'amourMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...