Kapten Zamani membetulkan tali leher sambil melihat pantulan imejnya di cermin bilik hotel. Selepas itu, dia menyarung blazer biru tua yang mempunyai logo lencana sayap di dada dan empat garis emas di kedua-dua pergelangan tangan. Topi kerjanya disisipkan di kepala, menutupi sebahagian rambut yang sedikit beruban.
Satu keluhan dilepaskan. Hati terasa sungguh berat sekali. Dia sebenarnya agak beremosi untuk penerbangan kali ini namun segala bebanan perasaan dia bendung dengan rapi.
Blazer pada badan dibetulkan. Air wajahnya terlihat tenang seperti hari-hari kebiasaan dan tugasnya hari ini akan tetap berjalan seperti biasa.
Tok, tok, tok!
Pandangan dihalakan ke pintu.
Saat daun pintu dikuak, kelihatan wajah Ashraf tersenyum memandangnya.
"You ready?" Soal Ashraf.
"Yeah."
Lantas Kapten Zamani meninggalkan Ashraf sebentar di muka pintu untuk mengambil barang-barangnya...
Tap!
Daun pintu ditutup rapat. Kedua-dua beranak itu berdiri menghadap satu sama lain dengan senyuman nipis di bibir.
"This is a special trip back to SIN." Ujar Kapten Zamani lalu membuatkan Ashraf tertawa kecil dan mengangguk.
"Yeah, pa. Let's treasure it."
Dalam pada kepayahan, Kapten Zamani mengukirkan senyuman di bibir dan mereka memulakan langkah menuju ke lobi lif.
"Too bad Aril is not with us."
"Yeah, but it's okay. I've got a chance flying with him last week." Balas Ashraf.
Kelihatan kening Kapten Zamani terangkat sambil dia mengangguk mendengarkan kata-kata itu...
* * * * *
"Zie...?"
Lara menjenguk kepala di sebalik daun pintu bilik Zieta.
"Hmm...?"
Kelihatan Zieta sedang terbaring di atas katil menjawab acuh tidak acuh sambil mata menatap skrin komputer riba di hadapannya.
"Can I come in?" Senyum.
"Sure."
Lantas senyuman Lara makin lebar. Dia melangkah masuk dengan kedua-dua tangannya berada di belakang badan.
Sewaktu Lara duduk di sebelah Zieta, dia lihat beberapa keping VCD terdampar di atas katil dan sarung VCD tersebut tertulis perkataan 'Winter Sonata' berserta gambar sepasang kekasih yang sedang berpelukan di dalam salji yang memutih.
"Wah... Tengah layan 'Winter Sonata' rupanya! Famous gila cerita ni sekarang sampai ada lagu translation 'Sonata Musim Salju'." Ujar Lara. Dia lihat Zieta hanya tersenyum nipis dan tumpuannya masih melekat pada skrin komputer riba.
"Sejak bila kau layan cerita Jepun ni?"
Kali ini barulah Zieta memandang Lara tetapi dengan wajah yang berkerut.
"Jepun? Ini cerita Korealah!"
Lantas mereka berdua ketawa.
"Manalah aku tahu! Aku tengok muka diorang macam sama je!" Balas Lara pula. Dia menonton sebentar babak romantis antara Jun-san Kang dan Yoo-jin Jung yang sedang berjalan meredah salji di tengah kota.
"Zie... Aku bawakan kau hadiah. Kau makanlah sambil-sambil tengok cerita ni..."
Suara Lara memecah kesunyian. Zieta segera menoleh dan waktu itu juga dia lihat di tangan Lara terdapat bekas besar setengah gelen aiskrim Baskin Robbins kegemarannya!
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...