Malam itu merupakan malam yang kedua Lara, Zieta dan Khyra berada di Pulau Mabul. Setelah sehari suntuk berendam di dalam laut, mereka semua makan malam dengan berselera sekali di restoran resort tersebut. Perut masing-masing kelaparan dan kulit mereka semua sudah terbakar akibat terlalu lama berjemur di dalam air dan di tepi pantai siang tadi.
"Oh my god... Esok kita dah nak balik KL!" Kata Lara. Zieta dan Khyra hanya tersengih lebar. Seharian mereka melakukan aktiviti diving, masa dirasakan berlalu dengan sungguh pantas.
"Itulah... Sebelum sampai sini, aku rasa tiga hari dua malam tu macam cukup masa. Tapi bila dah sampai dan dah buat macam-macam aktiviti, terus rasa macam tak puas pulak! Baru semalam sampai, esok dah nak balik! Sepatutnya kita kena spend at least empat atau lima harilah, kan?" Lara dan Khyra hanya mengangguk apabila mendengar kata-kata Zieta itu. Masing-masing sibuk meratah isi ketam dan udang yang segar dan manis di dalam pinggan mereka.
"Best-kan diving siang tadi! Kalaulah esok kita still ada dekat sini, confirm aku turun diving lagi!" Sambung Zieta.
"Hei, jangan lupa... Kita sekarang ni tengah study week. Balik je dari Mabul ni kita kena terus study-"
"Kay... Janganlah ingatkan lagi pasal exam! 'Potong stim' lah tengah holiday!" Kata-kata Lara itu menyebabkan Zieta dan Khyra tertawa besar. Mereka tahu itu kepantangan Lara setiap kali mereka pergi bercuti sakan. Semua orang tidak dibenarkan menyebut perkataan 'kelas', 'presentation', 'assignment' atau 'exam' di hadapan Lara. 'Potong stim' bak kata Lara tadi.
"Pukul berapa flight kita esok ye?" Khyra mengubah topik. Kelihatan pipi dan hidungnya sudah kemerahan akibat sunburn!
"Dua setengah petang. Malam ni kita semua kena tidur awal, okay. Esok nak check-out awal tau. At least pukul sembilan kita dah kena naik feri ke jeti Semporna. Nanti dari sana nak ke airport makan masa lagi." Lara mengingatkan rakan-rakannya dengan panjang lebar. Dia risau kalau mereka tidur lambat pada malam ini, esok pagi semua orang terlajak tidur akibat kepenatan!
"Maaf, boleh saya tahu yang mana satu Cik Lara?" Seorang pelayan restoran tiba-tiba muncul di meja mereka sambil menatang sebuah dulang. Lara terpinga-pinga apabila terdengar namanya disebut.
"Err... Saya." Jawab Lara pendek manakala kedua-dua rakannya pula sudah mengunjuk jari ke arah Lara. Ketika itu, pelayan tersebut mengambil sesuatu di atas dulang yang ditatangnya.
"Special request for dessert dari Encik Huzaimi untuk Cik Lara dan kawan-kawan." Ujar pelayan itu sambil tersenyum dan meletakkan sebiji pinggan yang berisi pencuci mulut di hadapan Lara. Selepas itu, dua pinggan lagi diletakkan di hadapan Zieta dan Khyra.
"Aww...!!" Ketiga-tiga gadis itu berteriak serentak sambil tertawa riang.
Lara lihat di atas pinggan pencuci mulutnya itu tertera perkataan 'I miss you' yang ditulis dengan menggunakan krim coklat manakala di atas pinggan Zieta dan Khyra pula tertulis perkataan 'Thank you'.
Mereka semua tahu, mesej 'thank you' itu adalah kerana kesudian Zieta dan Khyra menghadiahkan tiket penerbangan buat Lara. Malahan juga, makan malam yang sedang mereka nikmati itu pun Huzaimi yang belanja dari kejauhan!
"Ya Allah... Sweet-nya Huz kau ni, Ra!" Ujar Khyra dan Zieta hampir serentak. "Takdelah...!" Lara tersipu malu lantas menyambung, "Aku rasa PA dia yang tolong arrange-kan semua ni dengan pihak resort. Dia mana ada masa nak buat benda-benda macam ni. Patutlah masa dia hantar aku ke airport hari tu, beriya-iya dia nak tahu nama resort ni. Rupa-rupanya ada secret plan..." Lara tertawa kecil mengenangkan keletah si cinta hati.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...