Beberapa minggu berlalu...
'Hey sorry, this is not Ashraf number.' - 012 2470 7074
Lara mengeluh panjang membaca balasan itu. Yup, dia sudah biasa mendapat jawapan seperti itu. Pencarian nombor telefon Ashraf ini kadang-kala membuatkan perasaan Lara turun naik seperti rollercoaster. Ada harinya, dia sungguh bersemangat dan yakin bahawa nombor yang bakal dihantar SMS itu adalah nombor Ashraf. Tetapi ada juga hari-hari yang Lara rasa tiada harapan langsung!
Buku merah jambu dibuka lalu Lara mengambil sebatang pen di dalam laci mejanya di jabatan Pembangunan Perniagaan itu.
012 2470 7074 X
Untuk sekian kali, tanda pangkah dilorekkan ke atas helaian muka surat tersebut.
Mata Lara meneliti senarai nombor-nombor telefon lain yang sudah berpalang. Terdapat hampir dua puluh nombor telefon namun masih belum juga ketemu dengan nombor telefon si Ashraf Zildan.
Perasaan Lara memberat. Sedih! Kadang-kala dia hampir putus asa mencari Ashraf tetapi dia tidak mahu lelaki lain dalam hidupnya. Tiada siapapun yang dapat menggantikan tempat Ashraf malah Lara rasa tunang sendiripun tidak mencintai dirinya sebagaimana Ashraf!
Air mata mula bergenang. Dia menyelak helaian kertas buku merah jambu yang terdapat gambar Ashraf. Diusapnya pipi Ashraf dengan penuh rasa kasih dan sayang.
'Ash, I rindu...' Bisiknya dalam hati. Jauh sungguh perjalanan ini untuk menjejaki cintanya, fikir Lara. Banyak perkara yang telah dia tempuhi tanpa Ashraf dan banyak juga cabaran untuk mencari Ashraf. Kalaulah sosok rohani ini boleh dilihat dengan mata kasar, sudah pasti sosoknya sudah lunyai... Pisau tertikam di setiap bahagian badan, kaki luka penuh duri dan mungkin jalannya pun sudah tempang. Tiada tongkat... Kerana Ashraf Zildan Zamani itulah satu-satunya tongkat dalam hidup yang telah hilang.
Dengan pen di tangan, Lara menulis sesuatu di mukasurat buku tersebut...
Cerita Kehidupan
Umpama air tasik, di atasnya kotor berkeladak tetapi masih lagi tenang.
Umpama air laut, cantik membiru tetapi ombak memukul bagai menggila.
Umpama air sungai, lancar ia mengalir tetapi perjalanan bersimpang-siur.
Umpama air hujan, terkumpul dikendong awan tetapi akhirnya jatuh menitis jua...-LR
Itulah 'two sides of the same coin' dalam kehidupan. Apa yang orang nampak pada dasarnya dan apa yang kita sendiri lalui. Dan dalam kehidupan juga adakalanya tenang, tetapi selalunya menggila. Penuh simpang-siur dan terkadang kekuatan perasaan yang dikumpul hingga memberat dada akhirnya akan jatuh juga dalam titisan air mata... Seperti hujan. Lara menghela nafas panjang.
Kini keutamaannya hanya satu: Mencari Ashraf. Tetapi entah bagaimana sejak dari malam tadi fikiran sendiri seolah-olah mensabotaj niat di hati dengan menerbitkan rasa ragu-ragu. Adakah Ashraf sudah melupakan dirinya setelah sekian lama? Bagaimana jika dia dapat mencari Ashraf tetapi Ashraf sudah ada kekasih lain?
Entah-entah... Dek kerana lama terpisah, Ashraf akhirnya setuju untuk disatukan dengan perempuan pilihan mamanya dan jika perkara itu benar-benar berlaku, maka gelaplah dunia nanti. Dan jika Ashraf sudah ada perempuan lain, terpaksalah Lara terima Fahd seikhlas hati. Seram! Namun dia harus bersedia menerima sebarang kemungkinan...
Tiba-tiba, bunyi SMS masuk kedengaran daripada telefon bimbit. Lara menekan butang 'Read'.
'You ada teringin nak makan apa-apa tak untuk lunch ni? Kalau takde, kita makan dekat Chili's nak? I tiba-tiba teringin steak pulak.' - Fahd YM
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...