Bab 109

231 35 20
                                        

"Sayang!"

Ashraf yang sudah berbaju seragam lengkap menoleh ke belakang apabila terdengar suara Lara memanggilnya di lobi hotel.

Lara berlari anak sambil membawa beg kertas berwarna putih.

"Princess?" Sapa Ashraf sambil tersenyum.

"Sayang, I ada beli ni... Untuk your mom."

"Oh!" Ashraf sedikit terkejut dan mukanya girang. Beg kertas bertukar tangan.

"Apa ni...?" Tanya Ashraf menjenguk. Kelihatan sehelai pashmina yang sungguh halus buatannya terlipat kemas bersama sebuah kotak yang cantik dan eksklusif.

"Dalam kotak tu ada kurma Ajwa, untuk family you. Tapi selendang pashmina tu special untuk your mom."

"Wah... Hadiah perkenalan dengan bakal mak mentua ek?"

Lantas mereka berdua bertukar senyuman.

"Tak sabarnya nak bagi hadiah you ni pada mama. Thanks princess!"

"My pleasure, sayang."

Saat itu mereka lihat kesemua kru Singapore Airlines bangkit daripada sofa di lobi tersebut dan bergegas mendapatkan beg bagasi masing-masing.

"Oh, bas dah sampai. Okay princess, I pergi dulu. Jangan nangis pulak bila I takde." Usik Ashraf lalu membuatkan Lara senyum tersipu-sipu.

"Tapi memang tak best-lah you takde..." Cebik.

"Takpe, ibu dengan Najmi ada, bawaklah diorang jalan-jalan. Jangan lupa pergi ke Sharjah astronomy centre tu. Best!" Ashraf menyambung dan mereka berdua berpelukan sebentar.

"Bye sayang. Safe flight."

"Okay. Remember, whatever happened, I will always love you."

Lara senyum, mengangguk kepala. "Love you too, Zildan."

Lantas Ashraf menarik beg bagasinya dan mula mengorak langkah.

Lara memerhatikan sahaja sosok tubuh yang dicintai itu berjalan menuju ke bas perantaraan yang sedang menunggu di hadapan pintu masuk hotel.

Kelihatan Ashraf menoleh ke belakang dan mereka bertukar senyuman sebelum lelaki itu melangkah keluar.

Nun di luar sana, suasana masih gelap. Ketika ini jam baru menunjukkan pukul lima pagi waktu tempatan...




Ting!

Pintu lif terbuka. Beberapa orang mat saleh melangkah keluar. Lara, Zuraidah dan Najmi memberi laluan sebelum melangkah masuk dan selepas itu Lara menekan butang lif nombor enam.

"Urgh, kenyangnya...! Sendat perut!" Ujar Lara. Mereka semua baru sahaja selesai bersarapan bersama.

"Kita nak keluar pergi cruise tu pukul berapa, akak?"

"Sepuluh pagi."

Lantas Najmi melihat jamnya.

"Okay-lah, sekarang baru pukul lapan setengah. Pukul sembilan setengah nanti Mi bersiap ye, bu?"

Mendengarkan pertanyaan itu Zuraidah mengangguk.

"Tapi kalau akak, kena siap sekarang sebab akak selalu siap lambat." Najmi tersengih memandang Lara yang sudah menjeling...

Apabila tiba di bilik hotel, Lara terus mengambil alat kawalan jauh lalu menghidupkan televisyen.

Zuraidah menggesa Lara supaya bersiap untuk aktiviti 'river cruise' mereka pada pukul sepuluh nanti tetapi Lara berdegil. Katanya dia hendak membaca suratkhabar dan menyuruh Zuraidah pergi bersiap dahulu. Sambil berlalu, Zuraidah hanya menyengetkan bibir dan terus ke bilik mandi.

MWB - Mr Wing BadgeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang