DARI kejauhan, mata Ashraf menangkap jambatan besi Golden Gate Bridge daripada cermin kokpitnya pada tengahari itu. Jambatan gantung besi sepanjang 2,737 meter itu merupakan simbol utama kota San Francisco selain daripada senibinanya yang ikonik.
"Good afternoon, Singapore 34 heavy approaching 11000 feet information Charlie." Suara garau Ashraf mula melaporkan kedudukan pesawat mereka melalui batang mikrofon daripada headset yang dipakainya. Jambatan besi yang Ashraf dan kaptennya lihat itu menandakan penerbangan mereka daripada Singapura sudah hampir tiba ke destinasi. Dan kini, Ashraf harus melaporkan ketibaan mereka kepada menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.
Setelah mendapat balasan dan beberapa informasi daripada menara kawalan tersebut, Ashraf dan kaptennya membuat bacaan semak semula bersama-sama. Kapten Chia memusing-musingkan satu tuil untuk memasukkan angka-angka yang baru sahaja mereka terima sebentar tadi bagi tujuan navigasi. Selepas selesai, mereka berdua mula memasangkan tali pinggang keledar keselamatan.
Ketika pesawat mereka merentasi di sebelah jambatan Golden Gate tadi, Kapten Chia segera mengangkat gagang telefon yang terletak di 'cockpit center panel' sebelah kanannya, iaitu di tengah-tengah antara dia dan Ashraf. Ini bermaksud, kapten itu ingin membuat pengumuman kepada semua penumpang dalam penerbangan tersebut.
"Ladies and gentleman, as you can see on the left side of our plane is the world's famous Golden Gate Bridge, Alcatraz and downtown San Francisco... What a great view and let's be thankful for the clear skies today... Such a lovely day for a perfect and smooth landing by our FO Zildan shortly!" Selepas itu, gagang tersebut diletakkan semula di tempat asalnya.
"Hoho! You're overconfident capt!" Kata Ashraf dalam tawanya.
"Oh, come on! It means I trust you and I never doubt your skills and ability!" Lelaki Cina yang berusia sekitar empat puluhan itu tersenyum lebar. Siapa yang tidak kenal dengan 'The Z's Trio' di Singapore Airlines?! Zamani, Zubeen dan Zildan! Rata-rata, juruterbang di Singapore Airlines semuanya tahu dan kenal dengan kehebatan trio tersebut apatah lagi dengan 'First Officer' Ashraf Zildan yang merupakan kadet juruterbang terbaik suatu ketika dahulu. The best of the best!
"Singapore 34 heavy, reduce speed two one zero knot descent and maintain six thousand feet." Kedengaran suara daripada menara kawalan memberi arahan melalui komunikasi radio.
"Singapore 34 reducing speed two one zero descent and maintain six thousand." Sambut Ashraf. Saat itu, Kapten Chia sekali lagi memusing tuil di hadapannya untuk memasukkan maklumat yang baru. Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco itu sudah samar-samar kelihatan dari jauh tetapi mata Ashraf segera menoleh ke arah San Andreas Lake yang terletak di sebelah kanannya. Setiap kali dia melakukan pendaratan di San Francisco pada siang hari, Ashraf pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mengintai pemandangan indah tasik tersebut. Air tasik itu kelihatan sungguh cantik sekali berwarna turquoise apabila dilihat daripada atas!
Kelajuan pesawat yang dikemudikan oleh Kapten Chia dan Ashraf itu semakin lama semakin berkurangan. Ketinggiannya juga semakin menurun. Ashraf mula mengaktifkan dua daripada empat 'flaps' di bahagian sayap kapal terbang sebagai persediaan untuk mereka mendarat. Silicon Valley yang berada lebih kurang seribu kaki di hadapan mereka juga sudah mula kelihatan.
"Singapore 34 heavy, turn left zero four zero."
"Singapore 34 heading zero four zero." Sambut Ashraf. Matanya terus memerhatikan kapten di sebelah kirinya itu memusingkan tuil ke nombor 040 sebagai semakan semula. Begitulah keadaan mereka bekerja di dalam kokpit. Setiap satu butang atau tuil yang ingin disentuh perlu disemak oleh seorang lagi krew penerbangan bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kecuaian. Jika tidak, empat ratus nyawa bila-bila sahaja boleh melayang dalam sekelip mata!
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...