“OH, YES!!”
Dalam kegelapan kamar tidurnya, Ashraf tiba-tiba melompat bangun daripada katil dan tergesa-gesa membuka lampu.
“I have her email address!”
Wajahnya girang. Pandangan mula melilau dan menyorot ke setiap sudut biliknya di kondo Azril pada malam itu.
Sebaik sahaja Ashraf melelapkan mata sebentar tadi, tiba-tiba bayangan kertas yang dia tulis semua butir peribadi Lara yang diperoleh daripada Vikash dahulu terlintas di fikirannya!
Ashraf masih ingat, Vikash menelefonnya sewaktu dia di hotel Sheraton San Francisco dan ketika itu juga Ashraf segera mengoyakkan sehelai kertas daripada buku memo yang terdapat di dalam bilik tersebut. Kini dia harus cari kertas itu! Ashraf yakin dia tidak membuangnya.
Satu demi satu laci meja tulis dibuka dan kesemua buku diperiksa rapi malah ruang sudut laci juga tidak terlepas, habis Ashraf periksa.
Kertas bersaiz A5 yang mempunyai lambang Sheraton terbayang di fikiran. Pada kertas itu terdapat nama penumpang iaitu nama Lara dan maklumat penerbangan, beserta nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, dan ‘emergency contact number’ yang tertera nama dan nombor telefon ibu Lara!
‘Oh, yes! Nombor telefon Pn Zuraidah!' Getus Ashraf dalam hati sambil tangan terus meraba-raba laci. 'Seems like I have another contact point!' Sambungnya lagi. Harapan semakin menggunung dan dia semakin bersemangat. Alang-alang sudah ada nombor telefon ibu Lara, lebih baik dia terus hubungi Puan Zuraidah sahaja. Lagi cepat dan senang!
Ashraf memeriksa laci yang terakhir namun kertas itu masih tidak kelihatan.
'Mana lagi nak check ni?' Bibir diketap. Mata liar memandang sana-sini. Betapa berharganya sekeping kertas yang menyimpan seribu harapan. Ashraf yakin kertas itu masih ada biarpun sudah hampir dua tahun berlalu.
Dua tahun.
‘How time flies…’ Bisik hatinya lantas dia menutup kembali laci-laci yang terbuka.
Selepas itu dia beralih pula ke meja di sisi katil yang berlaci satu.
Laci ini sajalah harapan yang terakhir. Kalau tidak ada juga kertas Sheraton itu, Ashraf akan selongkar seluruh pelusuk rumah esok. Dia tekad!
Tangan sasanya cepat-cepat menarik laci yang berwarna perang bersama debaran di dada dan ketika itu juga matanya menangkap sehelai kertas berlambang 'S' beserta tulisan tangannya di dada kertas!
“OH YES!! YES!! YEARGHH!! WOHOO!!!”
Jeritan bergema kuat dan kertas dijulang tinggi ke udara!
Name: Lara binti Rizman
MH2664 @ 1420HRS, Seat 22BI/C: 8*0922 – 14 – 57**
Contact number: +6017 3454 6694
Email address: pinkyrara@gmail.com
Emergency contact: Pn Zuraidah (mom)
Emergency contact number: +6013 3571 2131
Kertas itu dicium sambil raut wajahnya tersenyum puas. Ashraf dapat merasakan yang peluang untuk berhubung kembali dengan Lara semakin cerah.
Dia menatap lagi tulisannya yang seperti cakar ayam akibat hendak cepat menyalin semua maklumat daripada Vikash.
'Pinkyrara', alamat email si Lara. Ashraf tertawa sendirian. Comel sungguh nama itu.
Masih terbayang lagi suasana riuh dengan gelak tawa dia dan Vikash sambil rakannya itu menyakat tentang dia dan Lara. Malam ini, keterujaan yang sama Ashraf rasakan sekali lagi!

YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
Lãng mạnMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...