Bab 89

171 32 25
                                    

'Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku...'

- Sepi The Movie (2008)



Tekak Lara seperti hendak termuntah dan kepalanya pening sedikit. Dia cepat-cepat mengeluarkan beg mabuk udara lalu diletakkan di atas riba. Dahi dipicit perlahan.

"Hi, miss... Are you okay? Do you want me to get you something?" Tegur seorang pramugara sambil menundukkan sedikit badan ke arah Lara.

Melihatkan keperihatinan dan sopan-santun pramugara Malaysia Airlines yang memakai tanda nama 'Aidil' itu, hilang terus rasa sakit kepala Lara!

"Oh, no... Takpe, it's okay, I'm fine." Ujar Lara tersenyum lebar.

"Do you want panadol?"

Mata mereka bertembung.

"Actually... Yes." Lantas mereka tertawa bersama.

"Okay, I'll get that for you. Tunggu sekejap ye."

Aidil berlalu pergi meninggalkan Lara di tempat duduk kabin ekonomi tersebut.

Lara masih tersenyum. Pertama kali dia menaiki penerbangan jarak jauh bersama Malaysia Airlines ke Los Angeles, Lara rasa lebih selesa. Bukan kerana hiasan dalaman kapal terbang itu atau apa, tetapi ternyata kru-kru Malaysia Airlines lebih ramah dan santai daripada Singapore Airlines!

Ya, akhirnya hari ini dia membawa diri ke bandaraya Los Angeles, mengikuti penerbangan Khyra. Memandangkan destinasi ini yang muncul terlebih dahulu dalam jadual kerja Khyra, maka Lara hanya mengikut sahaja. Lagipun seronok juga. Laluan ke Los Angeles ini akan singgah di Taipei Kaohsiung International Airport. Dapatlah Lara membeli air susu berperisa betik kesukaannya. Sebelum ini Khyra yang selalu belikan untuk dia dan Zieta setiap kali penerbangan ke Taipei.

"Here for you, miss." Suara Aidil mematikan lamunan Lara. Dia tiba dengan membawa dua biji panadol dan segelas air suam. Setelah Lara mengucapkan terima kasih, lelaki itu kembali meneruskan kerjanya.

Sedang Lara makan ubat, kedengaran suara juruterbang di corong interkom membuat pengumuman.

"Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke penerbangan MH94 untuk destinasi Kuala Lumpur - Los Angeles. Saya, Kapten Vikash Adityavardhan bersama Pembantu Juruterbang Fariz Amin ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Malaysia Airlines sebagai penerbangan pilihan."

'Wah, fasih sungguh kapten ni. Kalau tak sebut nama mesti aku ingat pemuda Melayu.' Bisik hati Lara. Pengumuman itu terus bergema dan menjentik memori Lara bersama Ashraf. Dia teringatkan Ashraf yang membuat pengumuman sebegitu dan kali pertama Lara mendengarnya, suara Ashraf seolah-olah sedang tahan ketawa di dalam kokpit. Lara tersenyum nipis mengenangkan betapa indah dan berharganya memori itu.

Lantas, kamera digital Ashraf dikeluarkan daripada beg tangan. Satu per satu gambar mereka di Amsterdam dahulu dibelek dan apabila tiba pada gambar Ashraf, wajah lelaki itu Lara tatap sepuas hati.

Matanya, hidungnya, rambutnya... Lara tersenyum lagi meneliti wajah yang dicintai.

'How could this happens to us, sayang? I ingatkan kita akan selalu bersama...' Bisik hatinya.

Lalu kamera itu disimpan kembali dan Lara cuba melelapkan mata. Badan terasa semakin panas. Dia berharap demam ini tidak akan melarat...





MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now