Bab 57

183 27 38
                                    

"Hai? Baru setengah hari bateri handphone I mati last week, you dah tanya macam-macam? Habis tu selama ni, kadang-kadang you sampai tiga-empat hari hilang, senyap takde khabar berita I tak ada pulak soal siasat you."

Huzaimi meneliti wajah Lara sewaktu mereka sedang makan tengahari. Dia baru sahaja pulang daripada Jakarta kelmarin. Kata-kata itu membuatkan dia berasa sedikit terkejut kerana Lara yang dia kenal selama ini tidak banyak songeh.

"You ni nampaknya macam banyak pendam ni, dear."

"Bukan pendam, sayang. Selama ni I banyak sabar dan tolak ansur."

Mata mereka bertembung.

"Selama ni kalau you tak reply mesej I, tak jawab panggilan ataupun tutup telefon berhari-hari, I tak pernah questioned you macam-macam. Sekarang you dah tahu macam mana perasaan tu kan?"

"Jadi, you nak balas dendamlah ni?"

"Bukan balas dendam...! Kebetulan bateri handphone I mati hari tu. Tapi yang buat I tak puas hati sekarang, bila you ada di tempat I, you tahu pulak 'mengagau' cari I sampai telefon ibu. Kalau you hilang? I hadap je sorang-sorang, takde sesiapa pun yang boleh I tanya; you dekat mana? Dengan siapa? Buat apa? Ye, I bimbang dan kadang-kadang I ada jugak overthinking macam-macam pasal you. Tapi semuanya I telan bulat-bulat." Suara Lara kedengaran dingin. Bengang sungguh dia apabila Huzaimi memberitahu yang lelaki itu menelefon ibu setelah gagal menghubunginya.

"Hilang apanya? You tahu I busy dengan kerja, kan?"

"Ye, I tahu. Tapi I tak tahu pulak kenapa 'kerja' you tu berderet-deret sampai tiga empat hari."

Huzaimi terdiam.

"Jadi, I harap lepas ni you faham. I tak nak you hilang tiba-tiba tanpa pengetahuan I, boleh? I'm your future wife, right? So can I have the right to know your whereabouts after this? Dan kalau you hilang jugak, boleh tak I nak contact PA you?"

Lara merenung wajah lelaki di hadapannya. Selama ini dia menurut sahaja rentak Huzaimi dan mengangguk akur pada setiap bait kata lelaki itu. Tidak pernah membantah dan sangat sedikit dia menyoal. Sekarang, alang-alang hendak jadi bini biarlah dia ambil tahu segalanya tentang Huzaimi. Sekurang-kurangnya tidaklah dia menyesal di kemudian hari, fikir Lara lagi.

Huzaimi menyengetkan bibir sambil mengalihkan pandangan.

"Sudahlah, I malaslah nak gaduh-gaduh. You jangan buat semak kepala I boleh tak?"

"Hah, itulah you... Semua benda pasal kita you tak nak semakkan kepala. Tapi bila you hilang, kepala I semak, you tak fikir pulak." Lara pulangkan paku buah keras.

Huzaimi terdiam sambil mengetap bibir. Dia menghela nafas panjang.

"Sudahlah, jangan tambah beban dekat kepala I, boleh tak? I ada banyak benda lagi nak kena handle."

Wajah Lara mencuka menahan marah. Dia menyedut air fresh orange di hadapannya buat melegakan hati yang sedang panas...

* * * * *

Bunyi deruan ombak di pantai Burleigh Heads, Gold Coast kedengaran ganas. Cahaya matahari agak terik pada tengahari itu namun pemain-pemain papan luncur di pantai yang indah itu semakin ramai.

Pakk! Shush!!

Ashraf terjatuh daripada papan luncur dan segera berenang untuk mendapatkannya kembali.

"Erghh!" Dia mengangkat badannya naik ke atas papan luncur tersebut.

"Cih! Gitu aja udah tumbang!" Jerit Bobby yang berada tidak berapa jauh daripada Ashraf di dalam laut tersebut.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now