"Hoi!! Kau ni nak buat aku jadi gila ke?!!"
Lara mengerlingkan mata ke atas di saat suara Fahd berdentum bagai guruh di corong telefon.
"Kalau you tak nak I buat you jadi gila, jawab call I." Ujar Lara selamba dengan suara yang mendatar.
"Aku kerjalah bodoh! Yang kau dok telefon aku sampai tujuh puluh kali missed call ni kenapa?!"
Lara tahan ketawa. Memang dia menelefon Fahd tanpa henti sepanjang satu jam yang lepas tetapi tak sangka pula sampai tujuh puluh kali!
"I call you daripada malam tadi Fahd... I tahu you sengaja tak nak angkat, sebab tu I dail tak henti-henti."
"Dengar sini Lara, kalau you nak telefon untuk mintak putus tunang, I tak nak dengar-"
"Okay, bukan. Bukan nak mintak putus tunang. I cuma nak discuss ke mana hala tuju kita sekarang."
"Hala tuju apa?!"
Lara tarik nafas panjang. "I'm not happy with our situation nowadays Fahd. Kita asyik gaduh-"
"Dah, dah! Aku takde masa sekarang! Aku kerjalah!!"
Saat itu juga talian diputuskan.
Lara berdecip dan mengeluh perlahan. Tak guna! Telefon bimbit digenggam kuat.
Nampaknya Fahd langsung tidak mahu berbincang semenjak Lara meminta untuk putuskan tali pertunangan.
Pertengkaran mereka sewaktu makan malam minggu lalu terulang semula di ingatan, diikuti dengan pertemuan tanpa sengaja dengan Huzaimi bersama isterinya... Perempuan psiko yang menyeramkan! Macam manalah Huzaimi boleh hidup sebumbung dengan perempuan seperti itu?
Saat ini Lara terimbas kembali seepisod kisah yang paling menakutkan dalam hidupnya sewaktu berada di bawah cengkaman Sharina. Perasaan Lara terusik.
Terasa kerdil sungguh diri ini diperlakukan oleh orang-orang kaya. Tanpa duit, tiada siapa yang boleh berkuasa. Tetapi dengan duit, nyawa pun boleh dijual beli. Jelas sekali dunia ini bukanlah tempat penentu keadilan.
Lamunan Lara terhenti apabila satu SMS menerjah masuk. Dia menekan butang 'Read'...
'Wohoo! My flight pergi Narita hari ni cancel! :D Yessss!' - MWB
Lara tersenyum. Walaupun hanya membaca mesej sahaja tetapi keletah Ashraf seakan terbayang di depan mata. Tangan Lara laju menekan papan kekunci...
'Oh... So kalau Narita cancel, you fly ke mana pulak?' - My Princess
'Tak kerja sampai my next flight.' - MWB
'Wow... Seronoknya... Jealous I dengar!' - My Princess
'Hehe! Jom princess, kita gamble pergi mana-mana nak? ;) ' - MWB
Perasaan Lara terus melonjak. Kalau macam ini dia pun tumpang 'wohoo' sekali! Lara tertawa gelihati sambil membalas SMS...
'You nak pergi mana?' - My Princess
'Up to you. You ada nak pergi mana-mana ke?' - MWB
Lara ketap bibir seolah-olah berfikir. Lantas dia menaip lagi...
'Erm... Dulu you kata you nak pergi Genting waktu siang sebab nak naik kereta kabel, kan? Bolehlah kot... Kita masuk theme park sekali nak?' - My Princess
'Sure, boleh princess... Your wish is my command :-*' - MWB
Lara segera melompat riang!
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...