Bab 72

220 34 57
                                        

‘Nombor yang anda dail, tidak dapat di hubungi. Sila cuba sebentar lagi.’

Ashraf mematikan talian sebaik sahaja terdengar suara operator. Dia menggenggam kuat telefon bimbitnya sambil melangkah keluar daripada perut pesawat gergasi dua tingkat itu.

Cuaca di luar sungguh panas. Keadaan di Changi Airport pada tengahari itu sibuk seperti biasa. Sebaik sahaja mendarat sebentar tadi, Ashraf terus menghidupkan telefon bimbit dan cuba mendail nombor Lara namun hasilnya tetap sama; suara operator yang menjawab.

‘Urgh! Apa sebenarnya yang jadi ni?! Princess?!’ Hati meronta-ronta ingin tahu. Dia berdecip.

Sewaktu Ashraf keluar daripada bangunan Terminal 3, matanya menangkap bayang kereta Range Rover hitam di celah-celah kenderaan lain di lorong menurunkan penumpang. Ashraf mempercepatkan langkah sementelah bahang matahari kian terasa.

Pintu tempat duduk belakang dibuka. Ashraf menanggalkan blazer dan memasukkan bagasi. Ketika itulah dia lihat wajah Haris terpacul di tempat duduk pemandu. Lapang sedikit hatinya apabila melihatkan bayang si adik.

“Yes! Bagus kau yang ambik aku hari ni!” Ashraf duduk di sebelah Haris sambil mengenakan tali pinggang keselamatan.

“Hah? Kenapa?” Kening Haris berkerut sambil dia menyalakan signal. Perlahan-lahan, kereta mewah pacuan empat roda itu mula meninggalkan lapangan terbang yang penuh sesak...

“Aku nak tanya kau. Kalau kita dapat notification pasal undelivered SMS dan bila kita call nombor tu pun operator cakap tak dapat dihubungi, itu maknanya apa?” Ashraf bertanya sambil memandang Haris. Tangannya menanggalkan kedua-dua epaulet di bahu kiri dan kanan, lantas memasukkan benda tersebut ke dalam poket kemeja.

“Undelivered SMS?” Sekali lagi, kening Haris berkerut.

“Yups.”

“Maknanya SMS tu tak dihantarlah.”

“Yelah, tapi kau rasa kenapa??” Soal Ashraf lagi.

“Erm… Mungkin sebab recipient tu off handphone?”

Ashraf terdiam. “Selain daripada tu?” Dia terus mengasak soalan.

“Erm… Tak tahu. Line dia kena bar-lah kot?” Jawab Haris selamba. Ashraf rasa tertarik dengan jawapan tersebut.

"Line kena bar ek…” Nada suara Ashraf seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Hmm... Tak mungkin. Nombor Lara nombor prabayar kerana Ashraf masih ingat, Lara pernah berkata yang dia kehabisan kredit. Bibir diketap sambil menggeleng perlahan.

Tiba-tiba lampu trafik bertukar merah. Haris memberhentikan kereta lalu memandang ke wajah Ashraf. Seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran abangnya.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?” Tanya Haris.

Ashraf terus sahaja menceritakan segala yang berlaku dan pada akhirnya, mata mereka bertembung. 

“Dah berapa hari kau cuba contact dia?” Haris mula menekan minyak apabila lampu trafik berubah warna.

“Aku dekat London tiga hari. Masuk flight hari ni, empat harilah.”

Haris terdiam.

“Kenapa dia tiba-tiba tutup handphone?” Pertanyaan Haris itu membuatkan Ashraf ketawa.

“Mana aku tahu!” Suara Ashraf meninggi.

“Kau gaduh dengan dia ke?”

“Ish, tak lah!”

MWB - Mr Wing BadgeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang