Bab 103

260 32 21
                                    

"Arghhh!"

Ashraf menjerit sambil menghayun batang besi di tangan. Api kemarahannya ternyata sudah memuncak. Fahd yang sudah terlantar di atas tanah hanya mampu memandang lemah, melihat batang besi itu datang kepadanya. Dia tutup mata penuh pasrah.

Tang!!

"Arghhh!!"

Kedengaran suara jeritan Ashraf bergema di udara sekali lagi.

Tang! Tang! Tang!!

"Aku nak kau mati! Kau rogol dia! Aku nak kau mati!!" Ashraf terus menjerit sambil mengetuk-ngetuk batang besi ke tanah, bersebelahan dengan Fahd yang sudah lembik, tidak bermaya.

"Hoi, hoi! Hoi!"

Tiba-tiba kedengaran sekumpulan pekerja di pelabuhan itu bergegas mengerumuni Ashraf dan Fahd. Separuh daripada mereka memegang bahu dan tangan Ashraf dan separuh lagi membantu Fahd yang sudah berlumuran darah.

"Fahd, kau okay tak? Fahd?!"

"Macam mana korang boleh simpan lagi pekerja macam ni hah?! Dia ni penjenayah tau tak?! Perogol!!" Jerit Ashraf sekuat hati.

"Sabar! Sabar, encik! Kenapa ni?!" Tanya seorang lelaki yang berusia lebih kurang 40-an. Lelaki itu tampak agak senior dan seperti berjawatan tinggi di situ.

"Apa nak sabar dengan perogol macam ni?! Saya ada bukti dia beli dadah daripada tokan dadah untuk kenakan sorang budak perempuan ni! Kalau ada CCTV dekat sini cubalah check! Ada orang selitkan sesuatu dekat tayar kereta dia hari Selasa lepas, dalam pukul empat petang!"

Semua orang yang berada di situ terkejut!

"Hoi! Baik kau mengaku! Tokan dadah tu letak benda tu dekat kereta kau masa kau parking dekat sini kan?! Hah?!" Ashraf menengking Fahd yang sedang dipangku oleh dua orang lelaki dan mereka semua memakai baju coverall yang sama.

"Lepas dapat benda tu, hari yang sama jugak dia spike minuman budak perempuan tu, lepas tu rogol! Sekarang ni budak tu sampai nak bunuh diri, tau tak?! Ada lagi dalam wad dekat Hospital Klang! Itu sebabnya saya belasah binatang ni cukup-cukup! Bukan manusia ni, binatang!!" Suara Ashraf bergema di kawasan tempat letak kereta terbuka itu. Wajah lelaki senior tadi kelihatan berkerut dan mengangguk saat mendengar kata-kata Ashraf.

Waktu itu juga mereka bersurai. Sempat lagi Ashraf menyelitkan kotak cincin baldu ke dalam poket baju coverall Fahd sebelum rakan sekerja membawa lelaki itu ke hospital.

Manakala lelaki senior tadi menjemput Ashraf ke pejabatnya untuk mengetahui cerita sebenar dan mendapatkan maklumat yang sahih. Perkara ini harus diberi perhatian bagi mengelakkan nama syarikat daripada terus tercemar!


* * * * *


Sehari selepas itu, kereta Ashraf dilihat memasuki kawasan perumahan kuaters pangsapuri penjawat awam.

Rumah ibu Lara.

Lara masih lagi di hospital namun ibunya sudah menanti kedatangan Ashraf pada petang ini.

Sebaik sahaja Ashraf menarik brek tangan kereta, matanya memerhatikan rumah kediaman itu daripada jauh. Dalam hati, dia berfikir alangkah indah jika Lara juga ada bersama menyambut kedatangannya untuk kali pertama ini...

"Assalamualaikum."

Ashraf memberi salam apabila tiba di hadapan rumah yang sederhana besar. Segalanya juga tampak serba sederhana.

"Waalaikum salam. Ha, Ashraf! Jemputlah masuk."

Pintu pagar dibuka namun sebaik sahaja Ashraf menghampiri, wajah Zuraidah berkerut.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now