Muka Ashraf monyok menarik beg bagasi masuk ke dalam bilik hotel. Pintu ditutup dan dia mencampakkan topi pilot-nya ke sofa.
Bam!
Badannya jatuh ke katil. Matanya terpejam. Fikiran melayang jauh mengenangkan kali terakhir penerbangannya bersama Lara hampir dua minggu yang lalu.
Ah, rindunya saat itu... Dan kini, dia kembali bekerja sendirian semula.
Ashraf seluk poket dan mengeluarkan telefon bimbit seraya membaca SMS yang masuk semenjak dia tiba di lapangan terbang tadi.
'Hi Ash! Awak fly hari ni kan? Daddy fly ke New York. Awak dengan daddy ke tu?' - Nori Uncle Eid
'Haih. Tahu pulak dia aku fly hari ni.'
Tangannya membuka mesej yang lain.
'Yo Ash! Ty sama Steve mau datang surfing bareng. Lo mau ngikutin gak?' - Bobby B.
Ashraf tersenyum membaca mesej Bobby lalu membalasnya. Dan selepas itu dia memeriksa lagi SMS yang lain...
'No, I don't want anything.' - Mama
Ashraf gigit bibir. 'Merajuklah tu.'
Sebelum dia berlepas semalam, dia ada bertanya kalau-kalau mamanya itu hendak memesan apa-apa daripada Milan. Tetapi balasan SMS itu sungguh dingin. Serta-merta perbualan dia dan mamanya minggu lalu tentang Noree terimbas di fikiran.
"Ma, ma tolong jangan masuk campur, ma. Orang tahulah nak cari girlfriend ke, nak cari bini ke... Don't worry, orang boleh cari sendiri." Nada Ashraf lembut sahaja tetapi berbanding pula dengan penerimaan Zelda, kata-kata itu menusuk tajam ke telinganya.
"Dah berapa orang you cari lepas tu tak jadi?"
"Tiga orang."
"Ha! Habis tu, kali keempat ni biarlah mama recommend kan..."
Ashraf menghela nafas sambil tersenyum tawar.
"Ma... Sebenarnya Uncle Eid ke mama yang nak satukan kitorang ni? Nampak macam plan mama je-"
"At first it was Uncle Eid's. Then I quite liked the idea and I know Noree since she was a kid. Family kita pun rapat, jadi kenapa tak boleh rapatkan lagi?"
"Okey-lah kalau mama nak rapatkan lagi tapi janganlah babitkan orang."
"Habis tu nak babitkan siapa lagi?!" Suara ibunya seakan membentak membuatkan Ashraf terpempan seketika tetapi selepas itu dia tertawa.
"Mama 'kenenkan' lah dengan Aril pulak ke, dengan Haris ke..." Ujar Ashraf dalam sisa tawanya. Tak sangka betul, beria-ia sungguh mamanya itu hendak menyatukan dia dan Noree.
Waktu itu Ashraf lihat Zelda tarik muncung. Dalam empat orang adik-beradik, dialah satu-satunya anak yang tidak pernah berkasar atau membentak ibunya. Tidak pernah walaupun sekali! Tetapi itulah yang menyebabkan dia selalu menjadi sasaran untuk menuruti setiap kemahuan Zelda. Kadang-kala terasa juga seperti 'pak turut' tetapi jika hal-hal berkaitan dengan jodoh, Ashraf tekad untuk mengambil keputusan sendiri.
Ashraf mengeluh perlahan. Masih terbayang di mata, mamanya itu terus bangun dan membiarkan dia keseorangan di meja makan. Merajuk. Dan hari ini, setelah hampir lima hari perkara itu berlalu, mamanya masih lagi dingin. Aduh!
Ashraf memeriksa SMS yang lain tetapi dia dapati tiada satu pun daripada Lara. Lantas dia membuka lembaran mesej baru dan jarinya tangkas menaip.
'Princess, tengah buat apa?'
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...