Bab 22

250 23 1
                                    

Cahaya matahari pagi masuk melalui celah-celah jendela bilik Ashraf di rumah banglo dua tingkat Ukay Heights itu.

"Aku bisa membuatmu,

Jatuh cinta kepadaku,

Meski kau tak cinta kepadaku..."

Ashraf menyanyi sepenuh hati sambil menyisir rambutnya yang telah disapu gel rambut. Dia tidak jemu-jemu menyanyikan lagu Dewa19 itu kerana setiap baris lirik lagu itu adalah bisikan hatinya terhadap Lara. Dan hari ini, dia ingin memberi impresi yang sebaik mungkin supaya Lara akan jatuh cinta kepadanya!

Psst! Psstt! Psssttt!!

Ashraf menyembur minyak wangi Azzaro Chrome. Bau-bauan yang wangi dan segar naik semerbak ke udara. Di badannya sudah tersarung kemas kemeja hitam bersama jeans biru seperti yang dia beritahu Lara malam tadi.

"Beri sedikit waktu biar cinta datang

Kerna telah terbiasa..."

Ashraf sambung menyanyi. Dia membelek-belek pantulan imejnya di cermin. Rambut sebelah kiri... Rambut sebelah kanan... Okay, check!

Senyum.

"You ready...?! Oh yeah!" Ashraf mengenyitkan mata sambil jarinya mengunjuk pada pantulan imejnya. Lantas, dia mencapai kunci kereta berlogo Audi di atas katil dan bergegas keluar daripada bilik tersebut.

Pam!

Pintu bilik ditutup...


Di suatu tempat yang lain pula...

"Hidupku tanpa cintamu

Bagai malam tanpa bintang..."

Lara menyapu maskara di matanya dengan berhati-hati sambil menyanyi kecil. Lagu itu sangat istimewa. Itulah lagu pertama yang Ashraf nyanyikan buat Lara dan kerana itulah juga lagu Risalah Hati itu amat bermakna sekali buatnya.

"Cintaku tanpa sambutmu

Bagai panas tanpa hujan..."

Dia menyambung nyanyiannya sama sepertimana yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia Shanty yang bertindak sebagai penyanyi latar dalam rangkap terakhir lagu Dewa19 tersebut.

Lara mengerlipkan matanya seusai menyapu maskara. Dia tersenyum sendirian di hadapan cermin. Makeup done! Lantas, dia mencapai minyak wangi Oh! de Moschino kegemarannya lalu disembur ke badan...

*           *           *           *           *

Jam menunjukkan pukul 11.40 pagi ketika Ashraf tiba di restoran Dome, KLCC itu. Kedatangannya disambut ramah oleh salah seorang pelayan restoran tersebut. Ashraf memilih untuk duduk di open-air area, lantas pelayan itu membawanya ke sebuah meja di luar yang menghadap kolam air pancut KLCC. 

Sebaik sahaja Ashraf melabuhkan punggung di kerusi, tanpa melihat menu dia terus sahaja memesan segelas ice lemon tea buat dirinya sementara menunggu ketibaan Lara. 

"Miss, can I keep these menus first? Will order soon."

"Sure, sir." Kata pelayan perempuan itu sambil tersenyum dan berlalu dari situ.

Ashraf mengerling ke jam tangannya.  Ada lebih kurang lima belas minit lagi sebelum Lara tiba. 

Sepanjang hidupnya, ini bukan kali pertama dia keluar 'dating' tetapi hari ini Ashraf berasa sangat gementar seolah-olah kali pertama ber-dating!  Sebaik sahaja dia memandu keluar daripada simpang Ukay Heights tadi, perasaannya sudah mula berkocak.  Rasa gembira, gementar, cuak dan teruja saling bertukar ganti dan tenggelam timbul. Begitulah istimewanya Lara Rizman ini di mata Ashraf.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now