"Ash..."
"Yes, hun?"
Lara terdiam seketika sambil memerhatikan Ashraf membuka plastik pembalut roti croissant dan bagel bijan hitam untuk sarapan mereka. Air coklat panas ditiup lalu dihirup perlahan oleh Lara.
Suasana di kafe Starbucks pada pagi itu masih belum sesak lantaran jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Namun begitu, waktu matahari terbit di Los Angeles agak awal menyebabkan keadaan di luar sudah agak terang benderang.
Hari terakhir Ashraf dan Lara di kotaraya metropolitan itu, mereka bersetuju untuk memulakan hari lebih awal. Tambahan pula Ashraf akan mula berehat tengahari nanti sebagai persediaan untuk bekerja pada sebelah malam.
"Ada apa?" Tanya Ashraf.
"Erm... You biasa ke bawak someone ikut flight you macam ni?"
Ashraf tertawa kecil. Dia memandang ke wajah Lara yang kelihatan menunggu jawapan.
"Tak pernahlah."
"Oh..." Getus Lara. Entah kenapa balasan Ashraf itu melegakan hati. Dia merenung wajah lelaki yang kini memberi seribu erti buatnya di tengah-tengah kekalutan hidup.
"Kenapa you tanya?" Soal Ashraf pula.
Lara tersenyum nipis sambil menggeleng. "Takde apa. Terfikir je." Dia lihat Ashraf mengangguk.
Mereka terus sarapan bersama dan bersembang kecil, menikmati pagi terakhir di Los Angeles sambil melihat orang lalu-lalang di jalanan...
Ketika berjalan pulang ke hotel, Ashraf dan Lara perlahan-lahan menyusuri suasana bandar yang sebenarnya tidaklah jauh beza dengan Kuala Lumpur ataupun Singapura. Cuma di situ terdapat bangunan-bangunan yang mempunyai pengaruh binaan bangunan Eropah.
Sambil berjalan, Lara memeluk lengan Ashraf seerat-eratnya. Hati terasa sungguh berat. Hanya ada beberapa jam sahaja lagi dia di bumi Los Angeles. Fikirannya memutarkan kembali saat pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini bersama Ashraf.
Dia ingin kembali ke saat itu dan dia ingin pergi sekali lagi ke Walk of Fame, Griffith Observatory, Santa Monica dan yang lain-lain. Tetapi yang paling penting, dia ingin bersama Ashraf lagi dan belum bersedia untuk mengakhiri mimpi indah ini...
Sepanjang perjalanan, tiada kata yang keluar daripada mulut mereka. Masing-masing seolah-olah hanyut dalam fikiran sendiri. Mereka memerhatikan gelagat warga kota yang berpusu-pusu pergi bekerja. Ada yang sedang menunggu bas, ada yang tergesa-gesa melintas jalan, dan ada juga yang berbasikal.
Dapatkah Lara merasai peluang seperti ini lagi? Fikirnya. Dan ketika itu juga, bangunan Biltmore Hotel sudah kelihatan dari kejauhan. Lara rasa ingin lari. Menuju ke Santa Monica Pier yang sentiasa meriah atau di Griffith Observatory yang terletak di cerun pergunungan Hollywood yang sentiasa tenang. Dia ingin mencerukkan diri daripada kesibukan dunia. Dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Dia rasa gembira di sini.
Tetapi... Gembirakah dia di sini tanpa Ashraf? Soalan itu tiba-tiba terlintas di fikiran. Lantas lengan Ashraf dipeluk lebih erat...
Ting tong!
Jam menunjukkan pukul dua petang ketika loceng bilik Ashraf berbunyi. Disebabkan Ashraf sedang tidur, maka Lara segera membukakan pintu.
“Good afternoon ma'am… I’m Jerome from valet section. I would like to deliver your well-pressed clothes. Would you like to check them first, ma'am?”
"Yes, sure." Baju dan seluar kerja Ashraf bertukar tangan lantas Lara memeriksanya. Memang sebelum Ashraf masuk tidur tadi dia ada berpesan kepada Lara tentang perkara ini.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...