Bab 51

206 30 10
                                        

"Cabin crew, please be seated for landing."

Suara yang bergema itu bukan dari Mr Wing Badge pujaan hati Lara. Kali terakhir dia mendengarnya adalah ketika Ashraf menyuruh mereka semua memakai tali pinggang keselamatan kerana cuaca buruk malam tadi. Bolehkah dia mendengar lagi suara garau Ashraf di corong intercom di lain kali? Lara hanya melepaskan satu keluhan yang panjang.

Kelihatan Lara duduk berseorangan di tempat duduknya. Ashraf semenjak tadi sudah pergi, melakukan apa yang perlu dia lakukan untuk pendaratan tengahari itu.

Kepulan-kepulan awan agak tebal. Tingkap pesawat sesekali terpercik air akibat hujan renyai di Changi Airport. Mendung dan renyai... Sama dengan keadaan dalam hati Lara sekarang.

Mata Lara melihat pesawat yang dinaikinya itu semakin lama terbang semakin rendah dan akhirnya mencecah tanah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

'Hello, Changi... I'm back.' Ujar Lara dalam hati tetapi sedikitpun dia tidak teruja.


"Lara! I hope I'm gonna catch you next time!" Ujar Fara sambil mendepakan tangannya seolah-olah ingin memeluk Lara. Lara segera menyambutnya. "Yeah...! Insya Allah, we will meet next time!" Kata Lara tetapi dalam hati dia sendiri berasa ragu-ragu sejauh mana kata-kata itu boleh terlaksana. Dalam kepayahan, Lara tersenyum lebar mempamerkan air wajah gembira kepada semua orang.

"Thanks, Captain Luth, Captain Lim. Thanks everyone! Bye!" Ujar Lara kepada juruterbang dan kru-kru kabin penerbangan tersebut.

"Welcome! Bye Lara! Nice meeting you!" Balas mereka semua dan tiba-tiba sahaja, Lara menyapa seseorang,

"Bye Natasha!" Amboi... Dia seorang saja yang buat bodoh! Fikir Lara. Dia senyum lebar.

"Oh, bye Lara! See you next time!" Senyum juga tetapi nampak gaya macam terpaksa.

'Huh! NEVER AGAIN!' Getus Natasha dalam hati.

Akhirnya Lara dan Ashraf berpisah dengan mereka semua di pintu Balai Ketibaan Antarabangsa. Kelihatan lautan manusia sedang menunggu ketibaan ahli keluarga atau kenalan mereka, semuanya memandang Lara dan Ashraf berjalan keluar daripada pintu tersebut. Lara terasa seperti sedang berjalan di atas runway sewaktu membuat catwalk. 'Aduh... Minggu depan ada photoshoot. Welcome back to reality, Lara...' Getus hatinya. Fikirannya sudah mula memikirkan bermacam-macam perkara yang perlu dia lakukan sebaik sahaja tiba di Malaysia nanti!


"Hun, you lapar?" Mata mereka bertembung dan Lara tersenyum. 

"You still panggil I dengan panggilan tu ke? Bila drama kita nak habis?"

"Hehe! Sampai you sampai ke Malaysia nantilah." Mereka tertawa kecil manakala Lara mengangguk.

Ketika itu, kedua-dua telefon bimbit milik Lara dan Ashraf berbunyi dengan notifikasi SMS yang masuk bertalu-talu. Mereka terus memeriksa telefon sebentar. Lara segera membuka mesej daripada ibunya, Huzaimi, Khyra, Zieta dan juga daripada agensi peragaannya. Dia dan Ashraf masing-masing terleka buat seketika.

Kening Ashraf berkerut. Ada satu SMS daripada nombor yang agak asing kerana ia tidak disimpan dalam senarai kenalannya.

+6148058365

'Eh?' Adakah ini... Jari Ashraf menekan butang 'Read'.

'Hi Ash! Nampaknya saya terpaksa text awak dulu because you're rather slow ;)' - +6148058365

Wajah Ashraf berubah. 'Noree?!' Kening dan wajahnya berkerut sambil dia berdecip.

"Ash?"

Ashraf tersentak memandang Lara.

MWB - Mr Wing BadgeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang