Mata Lara berkerut dalam pejam.
Terasa cahaya matahari pagi menyuluh muka. Saat dia membuka mata, pancaran itu tepat menusuk pandangan.
Urgh! Langsir bilik hotelnya terenggang!
Lara bergolek di atas katil king size bagi mengelak daripada sinaran tersebut dan setelah itu barulah mata dibuka perlahan-lahan...
Sebuah senyuman terukir saat mengingatkan yang dia telah tiba di bumi asing, Los Angeles! Hatinya tak sabar-sabar untuk mengembara melihat negara yang digelar 'free country' itu. Lara segera bangkit terduduk di atas katil.
Keadaan biliknya sungguh sepi.
Dia menyorot ke arah daun pintu di dalam bilik yang terkuak separuh.
Di sebelah sana... Adalah bilik Ashraf.
Bilik Ashraf juga sunyi, adakah lelaki itu masih tidur?
Semalam, sebaik sahaja Lara dan kru-kru Singapore Airlines tiba di Biltmore Hotel tersebut, dia dan Ashraf terus membersihkan diri di bilik masing-masing dan masuk tidur. Terasa keletihan yang amat sangat selepas 16 jam penerbangan dan jetlagged akibat pertukaran zon masa.
Lara lantas bangun dan menuju ke pintu yang terkuak. Perlahan-lahan kepala dijengukkan ke katil Ashraf yang terletak sederet dengan pintu yang menghubungkan bilik mereka...
Gulp! Air liur ditelan keras.
Nun di atas katil sana, kelihatan Ashraf sedang tidur terlentang tanpa berbaju dan hanya dilitupi selimut separas pinggang. Jelas terbentuk otot-otot pada badan sasa itu daripada jauh.
'Mak oi... Ini siapa yang nak goda siapa ni?' Bisiknya dalam hati sambil terseringai. Ah, sebenarnya Lara sudah biasa. Dia sering sahaja melihat tubuh sasa seperti ini di kalangan rakan-rakan model lelaki apatah lagi bila berada di bilik persalinan sewaktu catwalk! Tetapi getaran hatinya pada pemilik tubuh di depan mata ini lain sedikit daripada lelaki lain.
"Ash..." Panggil Lara lembut daripada balik pintu. Hanya kepalanya saja yang terjenguk.
Senyap. Sedikit pun lelaki itu tak bergerak. 'Urgh! Tidur mati ke apa ni?!'
"Ash!" Suara Lara ditinggikan sedikit menyebabkan Ashraf menggaru kepala lalu memalingkan badan membelakangkan Lara.
Oleh kerana itu Lara terus menginjak masuk ke dalam bilik tersebut. Lantaklah! Dia bukannya hendak berbuat apa pun, cuma hendak menggerakkan Ashraf bangun saja.
Sewaktu berjalan menghampiri katil, Lara terpandang barang-barang kepunyaan Ashraf di atas meja hotel. Dompet lelaki itu, jam tangannya, beberapa keping kertas daripada pihak hotel sewaktu mendaftar masuk semalam, sepasang epaulet dan... Lencana sayap besi.
Lara tersenyum lantas mengambil lencana tersebut dan menelitinya...
'Wing badge!' Getus hatinya.
Kelihatan logo Singapore Airlines berwarna emas itu diapit oleh sepasang sayap juga berwarna emas. Terlihat sungguh gah. Adakah perasaan Ashraf juga begitu apabila memakainya? Satu senyuman manis terukir di bibir Lara...
"Ash..."
Lara melutut di tepi katil. Matanya memerhatikan tubuh sasa Ashraf yang sedang terbaring dalam keadaan mengiring dan selepas itu, Ashraf dilihat perlahan-lahan membuka mata dan pandangan mereka bertaut.
"Hey, honey..."
Bisik Ashraf dalam keadaan mamai. Dia menghulurkan tangan bersama senyuman di bibir. Lara yang terpinga-pinga hanya menyambut sahaja huluran tersebut dan pada saat itu juga, Ashraf mencium tangannya.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...