Sedikit nota buat pembaca :)

201 23 15
                                    

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua readers MWB :)

Di sini miss nak ambil kesempatan untuk ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yg diberi.

Miss dapati seminggu miss pergi bercuti pun, view utk MWB still berjalan. Mungkin ada readers baru, atau mungkin readers sedia ada yang sudi mengulang baca MWB :) Buat readers baru, miss ucapkan happy reading! Dan buat readers sedia ada miss ucapkan sekali lagi terima kasih. Maybe rindu dkt Ash kot sbb tu ulang baca ;) Hehe :D

Miss saja post ni sbb nak share sikit latar belakang novel MWB dan forward plan utk MWB. (Eceh! Mcm gud2 je~ Haha) Sebab sepanjang perjalanan ini (eh, mcm lirik lagu!), miss banyak terima soalan ttg MWB, jadi miss rasa lebih baik miss share pada semua :)

MWB - Mr Wing Badge ni sebenarnya miss rancang untuk terbitkan secara hardcopy. Manuskrip asal MWB tak habis, baru 70% - 85% siap apabila miss cuba approached syarikat publisher.

Berbekalkan sinopsis, miss berkomunikasi dengan syarikat publisher impian miss (haha!) dan waktu tu, oleh kerana miss seorang budak mentah dan hijau yg umpama baru nak menjalani proses fotosintesis (sbb 'hijau' tadi. LOL!), pihak publisher bertanya kalau-kalau miss ada followers. FOLLOWERS? Miss hairan sbb masa tu miss tak tahu pun kewujudan Wattpad dgn Novelplus ni haha!

Jadi pihak publisher mencadangkan miss menulis dulu di Novelplus dan/atau di Wattpad, gain followers (ah, sudah... ada ke yg nak follow aku?), lepas tu baru fikir utk next step. Maka daripada situ terlahirlah akaun Novelplus dan Wattpad miss :)

Jadi berbalik kepada MWB, sebenarnya miss tak dapat agak dia akan habis berapa chapter. Ini kerana kelebihan menulis di Novelplus dan Wattpad, kita tak terikat dengan jumlah maksimum patah perkataan berbanding kalau kita nak publish novel dengan publisher. Jadi bila miss start tulis di online platform, miss TULIS SEMULA semua bab dengan lebih detail supaya penghayatannya lebih dalam. Dan ada juga bab-bab tambahan. Berbanding dengan manuskrip MWB yang lebih compact/ ringkas dan padat.

Oleh kerana ditulis dengan detail, cerita jadi panjang. Miss rasa MUNGKIN chapter-nya akan cecah Bab 100 tetapi miss harap readers takkan rasa bosan, rasa dragged sangat, dan rasa "bila nak habis ni?" - mcm kalau kita tgk movie yg boring la kan? Haha! Tapi apa yg miss nak highlight kan di sini, MWB di online platform memang panjang berbanding dgn manuskrip asal. I'm trying my best to do the best for MWB readers satisfaction.

Impian miss, miss hendak bukukan MWB. Miss rasa dia ada kekuatan yg tersendiri iaitu gambaran sebenar rutin hidup dan kerjaya sebagai pilot. Tapi sudah pasti bila dibukukan ia lebih pendek dan compact; melainkan kalau publisher sudi bukukan MWB setebal novel 'Pilot Cafe' by Ahadiat Akashah ;P Hihihihiiiiii... :D (panjang 'hihi' aku~ LOL!)

Dan untuk novel MWB tu juga, kemungkinan besar jalan cerita pun akan diolah sedikit (Sebab kita nak pendekkan/padatkan dia, kan?). Miss akan minta jasa baik readers untuk nyatakan bab mana yg menjadi bab favourite korang, yg korang rasa mesti kena ada dalam novel MWB nanti dan tak boleh tinggal! Kalau takde bab tu, tak best! :)

Last but not least, terima kasih sekali lagi atas sokongan semua terutama sekali kepada readers yg sudi donate atau tipped buat MWB di Novelplus. Miss akan selalu doakan semoga kemurahan hati kalian dibalas dengan ganjaran rezeki daripada Allah berlipat-lipat kali ganda, aamiin ya Rabbal aalamiin...

Sekian dulu celoteh daripada miss. Take care & stay safe semua <3

Love, Miss Tery.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now