"Hei, Kay!" Zieta menepuk bahu Khyra yang sedang duduk bersama rakan-rakan bekas pelajar OM 114 di restoran The Apartment, KLCC itu.
"Zie!!" Khyra lantas bangun dan menerkam sahabatnya. Lama sungguh mereka tidak berjumpa sejak Khyra terbang di awan biru. Lara memerhatikan sahaja gelagat kedua-dua sahabatnya dan selepas itu dia menegur rakan-rakan yang lain. Hampir lima belas orang hadir di mini gathering tersebut.
"Hi baby!" Khyra menegur Lara menyebabkan Lara tersenyum sumbing.
"Ashraf panggil kau 'baby' kan masa dekat LA hari tu." Bisik Khyra menyakat. Zieta pula ketawa besar! Lara segera mencubit perut Khyra lalu gadis itu menjerit.
Apabila Lara dan Zieta hendak duduk, mata mereka terlihatkan kad kecil di atas meja yang tertulis nama masing-masing di setiap tempat duduk dengan tulisan tangan sangat cantik!
"Wah...!" Lara ternganga. "Siap ada nama bagai dekat atas meja! Grand betul gathering kita ni!" Kata-kata Lara itu disambut dan disetujui oleh rakan-rakan yang lain.
"Oit, ustad! Kau ke yang buat semua ni?! Rajin betul kau!" Tanya Lara sambil duduk di tempatnya, kebetulan di sebelah rakan yang mereka panggil 'ustad', penganjur utama gathering ini.
"Eh, tak lah. Bab-bab deco ni Ikinlah yang punya kerja... Aku tukang request je. Hehe!" Khairul tersengih melihat Lara yang sudah duduk di sebelahnya; seperti yang dia atur.
"Ikin, kau ke yang tulis kad ni??" Lara membelek kad yang tertulis namanya... Sangat berseni dan sungguh cantik!
"Iye, aku bosan duduk rumah takde buat apa... Jadi aku pun buatlah benda-benda ni... Ustadlah ni! Dia yang beriya sangat nak ada nama dekat tempat duduk! Mengada!" Jawab si Ikin sambil menjeling Khairul.
"Wei, cantik gila tulisan kau! Kau boleh buat bisneslah macam ni, Kin!"
"Bisnes apanya, Lara... Siapa yang nak kad-kad macam ni-"
"Hei, bisnes handmade card lah! Orang boleh tempah untuk buat custom made card dengan kau... Cantik ni!" Potong Lara. Saat ini dia tersedar yang fikirannya sudah seperti Huzaimi pula. Asyik fikir tentang peluang bisnes!
Seorang pelayan restoran datang menghampiri Lara dan Zieta untuk mengambil pesanan minuman. Khyra dan rakan-rakan yang lain semua telah mendapat minuman masing-masing.
"Eh, kau dah kerja ke Lara? Ke kau sambung buat degree?" Khairul mula memasang umpan sebaik sahaja pelayan restoran beredar. Padahal semua perkara tentang Lara Pak Samad sudah ceritakan kepadanya.
"Aku sambung degree. Tapi, semester ni aku extend. This coming semester baru nak masuk balik."
"Oh..." Khairul konon-konon buat tak tahu.
"Kau pulak?"
"Aku tak sambung. Aku dah kerja sekarang dekat Subang Jaya... Dengan syarikat developer." Sambung Khairul. Dia lihat Lara mengangguk dan kini dia berharap agar Lara akan bertanya lebih lanjut tentang syarikat tersebut. Kalau tidak, terpaksalah dia edarkan flyers projek residensi terbaru Anjakan Paradigma! Kononnya untuk rakan-rakan yang ingin membeli rumah tetapi mereka semua lepasan diploma. Mana mampu hendak memiliki rumah yang berharga lebih tiga ratus ribu ringgit?!
"Kau kerja sebagai apa dekat syarikat tu?"
"Oh." Sengih. "Aku PA dekat situ. PA to CEO..." Sambung Khairul lagi. Dia lihat Lara sekali lagi mengangguk perlahan.
'Cepatlah tanya nama company!' Desis Khairul dalam hati. Dia tertunggu-tunggu pertanyaan yang seterusnya.
"Bos kau lelakilah? Ke perempuan? Sebab tu dia ambik PA lelaki eh...?" Lara sengaja menyakat Khairul dan lelaki itu hanya tertawa.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...