"So, macam mana Ashraf?" Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut Zieta sebaik sahaja mereka duduk di meja Starbucks Bukit Bintang pada petang itu. Kelas Project Management Lara batal, lantas Zieta 'menculik' Lara melepak di KL.
Kelihatan Lara menahan tawa sambil dia menyedut air Java Chip Frappuccino sebelum meletakkannya di atas meja.
"Zie, tolonglah aku! Ini semua kau punya pasal!" Rengek Lara lalu membuatkan Zieta tertawa.
"Kenapa aku pulak...?!"
"Kaulah suruh aku jumpa dia...!" Kedua-duanya terus ketawa terbahak-bahak.
Lara mula menceritakan satu demi satu kisah dia bertemu empat mata dengan Ashraf sehinggalah bagaimana Ashraf memperolehi nombor telefonnya. Zieta mendengar dengan penuh khusyuk dan sekali-sekala mulut gadis itu melopong.
"Maknanya... Sepanjang penerbangan kita ke Tawau, Ashraf ada sekalilah dalam flight tu?!" Mata Zieta membulat.
Lara mengangguk.
"Dan dia dapat nombor telefon kau daripada kawan dia, pilot yang bawak flight kita hari tu??" Sekali lagi Lara menganggukkan kepala.
"Wow... Gilalah!" Wajah Zieta terpempan. "Huish... Nekad sungguh dia, Ra... Serius betul dia nak kenal dengan kau." Tambah Zieta lagi. Hatinya masih belum habis mengagumi tindakan Ashraf.
"Itulah pasal..." Keluh Lara.
"Handsome ke dia?" Pertanyaan itu membuatkan senyuman Lara meleret panjang sampai ke telinga!
"Hah, handsome-lah tu!" Potong Zieta dan serentak itu juga mereka ketawa lagi.
"Erm... Waktu first time aku tengok dia, aku rasa muka dia nampak unik."
"Unik?!"
"Yeah, maybe sebab macam ada model material kot."
"Ish, kau ni tak habis-habis dengan modeling kau tu!" Balas Zieta sambil tersenyum menjeling Lara.
"Zie, tolonglah aku... Aku dah tak tahu macam mana nak buat dengan si Ashraf ni..."
"Laa, kenapa...?? Kau dah falling dengan mamat tu ehh?" Zieta tersengih.
Satu keluhan panjang dilepaskan Lara. Setiap kali memikirkan perasaannya terhadap Ashraf, dada Lara pasti terasa sarat! Lantas, dia mengeluarkan satu kotak rokok daripada beg tangannya.
"Ashraf ni..." Kata Lara sambil menyalakan api rokok. "Dia lain sikitlah..." Mulutnya berasap-asap ketika dia berkata-kata.
"Lain macam mana?" Zieta mengerutkan keningnya. Dia pula mencapai kotak rokok Lara lalu diambilnya sebatang.
Lara terdiam memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk pertanyaan Zieta itu. Zieta hanya sabar menantikan balasan Lara.
"Entahlah Zie... Susah aku nak cakap macam mana. Tapi..." Kata-kata Lara terhenti di situ. Dia menyedut rokoknya dalam-dalam lalu menghembuskan asap yang berkepul-kepul ke udara seolah-olah segala perasaannya terhadap Ashraf juga turut keluar sama...
"Dengan Ashraf ni, aku rasa teruja lain macam." Kening Lara berkerut dan air wajahnya serius.
"Wow... Dahsyat!" Zieta terpempan. "Teruja sebab apa??"
"Sebab... Entahlah. Cara dia layan aku kot..."
"Hmmph! Playboy-lah tu! Dari awal dulu lagi aku dah cakap, kan!" Zieta tertawa kecil lalu matanya dan mata Lara bertembung.
"Tak tahulah nak cakap macam mana, Zie... Tapi contohnya kan, masa Ashraf suapkan aiskrim, tiba-tiba je aku jadi blushing gila! Padahal dia suap je!"
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomantizmMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...