Bab 97

250 32 22
                                    

Lampu trafik bertukar warna merah dan Ashraf memberhentikan kereta. Hidungnya merah sedikit akibat selsema namun dia tetap pergi bekerja walaupun sekali-sekala dia terbersin. Ah, rimasnya! Dia menyandarkan kepala pada tempat duduk kereta.

Mata memerhatikan kereta lalu-lalang di hadapan. Dalam kotak ingatannya sekarang seakan terngiang-ngiang lenggok suara Lara...

"Sayang, cuba you teka... You rasa I ada pakai apa-apa tak dekat dalam?"

Aduh... Air liur ditelan. Bibirnya melorekkan senyuman.

Seminggu telah berlalu namun aksi-aksi menggoda Lara sewaktu mereka bermalam di Genting Highland masih terbayang dan terngiang.

"Well, I don't mind getting wet... Again..."

Urgh, cair! Satu minggu ini juga Ashraf umpama makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena penangan godaan Lara. 

'Kamulah makhluk Tuhan yang tercipta yang paling seksi,
Cuma kamu yang bisa membuatku terus menjerit,
Oh oh oh! Oh oh oh...!'

Kedengaran lagu yang sedang popular 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' nyanyian Mulan Jameela bergema di radio membuatkan Ashraf tertawa sendirian.

"Argh, no!" Dia memejam mata rapat-rapat. Stereng kereta digenggam kuat hingga timbul urat di tangan. Separuh gila Ashraf sekarang dek kerana Lara!

Mustahillah nafsunya tidak bergelora apabila mendengar suara lunak dan lentok badan Lara yang manja dan seksi pada malam itu. Menggeletar seluruh badan dan lemas jiwa raganya menolak godaan tetapi Ashraf tekad, dia tidak akan sekali-kali tunduk pada kehendak Lara.

Dua tahun sudah cukup lama menunggu Lara menjadi miliknya. Mana ada lelaki yang sanggup tunggu selama ini?! Terasa seolah-olah cinta dan diri diperlakukan sambil lewa oleh gadis idamannya. Mentang-mentanglah dia cinta separuh mati! Hati Ashraf terobek, sakit sekali. Kalau semakin difikir memang boleh bawa gaduh tetapi bagus juga kejadian malam itu. Semua yang terpendam di hati Ashraf selama ini akhirnya terluah juga.

Pedal minyak kereta dipijak apabila lampu trafik berubah warna.

Saat ini Ashraf teringat pula pada keletah Lara keesokan harinya. Gadis itu tidak banyak cakap, entahkan merajuk atau kerana apa, Ashraf malas hendak layan kerana hatinya masih panas. Kali ini dia memang tidak bagi muka! Alang-alang marah, biar sampai gadis itu sedar. Tetapi Ashraf perasan apabila mereka jalan beriringan, walaupun diam membisu Lara tetap akan memeluk lengannya. Malah sewaktu di dalam kereta juga, Lara sentiasa bersandar pada bahu dan memeluk pinggang Ashraf sepanjang perjalanan. Manja! Tapi nasib baiklah Ashraf tidak terjerat dengan helah manja itu.

"Hei. Duduk betul-betul. Ni compartment ni, sakit pinggang you nanti." Sengaja Ashraf buat nada tegas tetapi Lara degil tidak peduli, terus melekap tak lepas-lepas sehinggalah mereka berhenti di perhentian R&R Genting Sempah.

Ketika mereka di perhentian, barulah Lara dilihat sibuk cuba mengambil hati Ashraf semula. 

"Sayang, ni I belikan pau kari ayam favourite you."

"Sayang, ni Livita untuk you kalau you penat drive."

"Sayang nak apa-apa lagi tak sebelum kita gerak? I boleh pergi belikan untuk you."

Hah, tahu pun takut! Ashraf bersorak dalam hati. Ingat dia marah main-main? 

Bibir mengukirkan senyuman dan kini hati mula terusik rindu...


Ashraf tarik brek tangan apabila tiba di tempak letak kereta Changi Airport. Dia menaip selembar SMS sebelum keluar daripada kereta.

'I really miss you.'

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now