(Be aware of explicit content)
Suasana di Honolulu International Airport pada petang itu agak tenang berbanding dengan lapangan terbang Los Angeles yang mereka singgah untuk pertukaran penerbangan tadi. Kelihatan Ashraf dan Bobby sedang menunggu kedatangan seseorang di luar bangunan terbabit. Cuaca tropika di pulau Hawaii itu membuatkan peluh mula merembes di dahi mereka dengan bahang yang kian terasa.
"Gue capek..."
Ashraf tertawa kecil memandang Bobby yang sedang duduk di bangku konkrit sambil memeluk papan luncur setinggi enam kaki. Pipinya ditempelkan pada badan papan luncur tersebut dan wajahnya monyok akibat keletihan yang teramat sangat.
Dalam genggaman Ashraf terdapat satu tin minuman yang bertulis 'Coconut Hiwa Porter' iaitu bir keluaran tempatan. Ashraf meneguk air itu untuk kesekian kali tanpa mengetahui itulah salah satu sebab cintanya ditolak Lara...
"Ash... Kapan kita mau berangkat ke resort?" Bobby melirik ke arah Ashraf yang sedang berdiri.
"Sabarlah, Steve ada hal. Kejap lagi sampailah dia."
"Waduh... Kapan dong? Gedeg nih lama-lama nungguin, nggak kelar-kelar juga dia... Kapan sih, Ash??" Bobby lihat wajah Ashraf berubah dek kerana rimas dengan omelannya.
"Kau jangan nak kapan-kapan sangat, aku kapankan kau karang terus masuk bawah tanah!" Serentak itu tawa mereka meletus. Setelah sekian lama berkawan dengan Ashraf dan beberapa rakan surfer daripada Malaysia, Bobby faham makna 'kapan' yang Ashraf katakan itu.
"Yo homies!"
Tiba-tiba kelihatan seorang mat saleh keluar daripada sebuah kereta lalu berjalan menghampiri mereka.
"Hey, Steve...!" Wajah Ashraf ceria melihat kedatangan rakan seuniversitinya dahulu. Mereka berjabat tangan sambil berpelukan erat.
"How ya doin', man!" Tegur Ashraf dalam senyuman.
"Good! How's it goin'?"
"Pretty fair for a square!" Jawab Ashraf lantas mereka berdua tertawa kecil.
"Yo Steve, what's up!"
"Bobby ma' homie!! Thrilled to have you, man!" Lantas Steve menerjah dan memeluk Bobby pula. Keadaan di situ menjadi semakin riuh dengan suara mereka bertukar khabar berita sambil bergelak sakan.
Tiba-tiba Ashraf terperasan satu sosok pemuda kulit hitam keluar daripada kereta yang dipandu Steve dan apabila Ashraf memandang ke arah sosok itu, wajahnya berubah.
'Tyresse George Franklin!' Nama itu segera tergetus di hati Ashraf. Kenangan tujuh tahun lalu sewaktu di Embry Riddle Aeronautical University atau ERAU terimbau semula di kotak ingatan. Mata Ashraf mengecil. Dia tidak tahu bagaimana dia harus mereaksi pada pertemuan ini.
"Hey! Lookie here... My day is made! This 'punk' is still around!" Ujar lelaki itu. Badannya berotot sasa dan air wajahnya tampak ganas dengan seinci bekas parut di pipi.
"He's with us??" Ashraf memandang Steve. Dia merasakan 'vibe' yang tidak enak apabila lelaki itu memanggilnya dengan perkataan 'punk'. "On this trip?!" Ashraf bertanya lagi tetapi Steve hanya tersenyum dan mengangkat bahu.
Ashraf, Steve dan Tyresse belajar di universiti yang sama satu ketika dahulu tetapi Tyresse dan Steve mengambil jurusan kejuruteraan aeronautikal.
Tyresse menghampiri Ashraf dengan wajah yang riak. "I didn't even had lunch but now I get to see this 'small lamb' back in here! Perfect for 'roasting'! Haha!"
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...