Bab 20

275 18 6
                                    

Ashraf gembira bukan kepalang.

Sebaik sahaja kapal terbangnya masuk ke parkir Changi Airport sebentar tadi, entah kenapa dia tergerak hati untuk mengaktifkan telefon bimbitnya dengan segera. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang sedang menanti. Ashraf membaca mesej tersebut sekali lagi dengan senyuman lebar di bibir. Rasa seperti tidak percaya.

'Hi Ash... You know what... Let's meet up? :)' - Beautiful specimen

Walaupun mesej itu pendek dan ringkas, tetapi impaknya sangat besar buat diri Ashraf. Hatinya berasa sungguh teruja! Waktu yang tertera pada SMS itu ialah 22:37, bermakna mesej tersebut dihantar pada pukul 10.37 malam tadi waktu tempatan. Ketika itu, Ashraf sedang berada di atas awan!

Selesai sahaja menandatangani laporan penerbangan SQ 323 daripada Amsterdam ke Singapura, Ashraf berjalan keluar daripada perut pesawat gergasi Boeing 747-400 terbabit. Cuaca tengahari yang panas terik dan haba dari luar boarding tube berkenaan terasa mencengkam kulit, tetapi sedikit pun tidak Ashraf endahkan. Dia terasa dirinya diawang-awangan sambil jari-jemarinya sibuk menaip sesuatu...

'Oh wow! You surprised me. Pick a date then, Princess ;)'

Butang 'Send' ditekan.

Wajah Ashraf berseri-seri walaupun dalam kepenatan yang amat sangat. Setelah hampir enam bulan mengenali gadis 'seat 22B' itu menerusi telefon, akhirnya dia dan Lara bakal bersua muka! Ashraf berasa sangat teruja tetapi dalam pada masa yang sama, rasa gugup mula mencengkam sedikit di hatinya.

Tidak lama kemudian, terasa telefon bimbitnya bergetar.

'Hi you :) Baru sampai ye? You suruh I pick a date? Erm... I tak tau macam mana jadual kerja you. So, I tak tau macam mana nak pick a date.' - Beautiful specimen

Ashraf tersenyum lagi sambil jarinya mula membalas...

'Yes, I baru touch down. Going home now. You just choose any date that suit with your timing, princess. I will try to accommodate that.'

Selesai sahaja menaip balasan untuk Lara, Ashraf membuka satu lembaran SMS yang baru.

'Yo brah! Guess wut... She's asking me out. I'm goin' KL to meet her soon. I'm stoked! :))'

'Message sent'.

Ashraf tersenyum sendirian bila membayangkan riak wajah ceria Danny apabila lelaki itu membaca SMS-nya nanti.

Dia terus berjalan menghala ke laluan penerimaan bagasi buat kru-kru penerbangan di Terminal 3 tersebut. Apabila matanya menangkap beg bagasi Samsonite miliknya yang berwarna hitam, Ashraf segera menarik beg tersebut sambil berjalan dengan langkah yang kemas. Kelihatan sekeping tag kertas yang tertera tulisan 'Crew' tersangkut di tempat pemegang.

"Hi, Ashraf! Signing off for the day?" Tegur salah seorang juruterbang yang turut berada di tempat penerimaan bagasi kru tersebut. Entahkan dari ceruk dunia mana mereka tiba, semuanya bertumpu di situ untuk mengambil beg bagasi masing-masing.

"Hi, capt! Yeah, until the next one. Carpe diem, capt!" Ashraf mengangkat topi pilot-nya sedikit lantas berlalu daripada situ.

"Yeah, catch ya around, man!" Balas kapten mat saleh tersebut.

Waktu itu juga, telefon bimbit Ashraf sekali lagi menerima notifikasi SMS masuk. Mungkin balasan SMS daripada Danny ataupun Lara. Ashraf menyeluk poket seluarnya...

'Okay. Kalau ikutkan, I prefer hari Sabtu atau Ahad sebab I takde kelas. So, you decide-lah weekend mana yang sesuai dengan schedule you. Kot-kot weekend yang you takde flight ke...' - Beautiful specimen

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now