Bab 77

218 28 41
                                    

"Zildan! Why the heck are you still there? Come on!" Ujar Kapten Zamani dengan suara yang tegas di pejabat penerbangan Changi Airport.

"Yes, I'm coming!"

Ashraf tergesa-gesa menutup komputer ribanya, tidak sempat pun menekan butang 'X' pada akaun Gmail itu. 'Alamak, commander besar dah panggil.' Bisik hatinya.

Selepas memasukkan komputer riba ke dalam beg kerja, Ashraf tergesa-gesa menghayun langkah mengejar ayahnya yang sedang berjalan bersama krew penerbangan mereka untuk hari itu.

"Sorry pa, was checking my email just now." Ujar Ashraf sebaik sahaja tiba di sebelah ayahnya. Dia membetulkan topi pilot yang senget di kepala. Hati berasa sedikit kecewa kerana belum ada lagi balasan email daripada Lara seperti yang dia lihat di dalam inbox sebentar tadi.

"Do you always mosey around and lenggang kangkong like this? And by the way, I'm Captain Zamani for this flight, not your papa especially when you don't behave right as a pilot." Kapten Zamani mula berleter dengan suara yang perlahan supaya tidak didengari oleh krew yang lain tetapi nadanya kedengaran sungguh tegas. 'Cengey' bak kata orang utara.

Ashraf hanya tersenyum nipis.

'Aduh... Bukannya lambat pun, tertinggal dekat belakang je!' Getus Ashraf dalam hati. Sudahlah mood-nya merudum kerana tidak mendapat balasan email daripada Lara. Tetapi dia sudah sedia maklum, begitulah perangai ayahnya apabila baju seragam tersarung di tubuh mereka.

Kapten Zamani sebenarnya tidaklah segarang mana dengan rakan-rakan krew yang lain. Tetapi apabila dia terbang bekerja bersama anak-anaknya, dia akan jadi sangat tegas demi melatih Ashraf dan Azril menjadi juruterbang terbaik di syarikat penerbangan tersebut.


*          *          *           *           *


Lara termenung di atas katilnya di Kolej Mawar. Kipas yang berpusing laju diperhatikan tetapi pandangan matanya bagaikan kosong. Di atas meja belajar, terdapat ubat penahan sakit dan paracetamol yang baru dia makan. Demam dan sakit kepala. Lara diberi cuti sakit selama dua hari untuk berehat dan sejak daripada kejadian semalam, dia banyak termenung sendirian.

"...Kalau aku nak bunuh kau dekat dalam kereta ni pun takde siapa yang nampak! Takde siapa yang tahu! Kau jangan ingat aku main-main."

"Aku ada duit, Lara... Aku boleh beli semua benda dalam dunia ni. Bukan setakat kebendaan je. Respect, loyalty, support, semuanya boleh dengan... Duit!"

"...Kalau kau bocorkan tentang aku pada diorang... Aku akan 'lenyap'kan diorang dari muka bumi ni! Dan kalau kau laporkan pada polis, kau yang akan 'lenyap'! Aku serius!"

"Kita ada private investigator, hitman pun... Erm, tak seramai PI tapi ada dan kalau diorang buat 'kerja', polis pun tak dapat hidu. So welcome to my world!"

Satu demi satu, kata-kata perempuan yang mempunyai 'initial' nama SM itu terngiang-ngiang. Dada Lara sebak. Dia dan perempuan gila itu seperti mentimun dengan durian, melanggar atau dilanggar, tetap dia yang akan parah.

Air mata mengalir mengenangkan nasib diri...

Di saat dia terjerut antara hidup dan mati, tiada sosok ayah yang boleh dia tuju untuk berlindung. Sedangkan gadis-gadis di luar sana, tayar kereta pancit pun datang sang ayah yang akan menolong. Dia ada siapa? Hanya Ashraf yang telah hilang.

Tetapi... Lara terfikir lagi. Kalaupun dia dan Ashraf ditemukan sekarang, sanggupkah dia mengheret lelaki yang dia cintai masuk ke dalam kancah yang merbahaya ini?

Fikiran Lara bersimpang-siur memikirkan seribu satu perkara yang terjadi menyebabkan dada terasa berat. Dia menangis sendirian sehingga bantalnya basah dengan air mata.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now