Bab 100

245 32 16
                                    

Ashraf tergesa-gesa menghampiri tubuh yang terkujur di lantai.

"Lara?!"

Di atas meja makan, dia dapati ada beberapa plastik dan sarung ubat yang telah kosong di atas meja. Darahnya berderau!

"No! No no no no no no! Lara! Ya Allah! Apa ni sayang?!"

Tubuh Ashraf seakan menggigil. Dia segera mengalihkan kerusi di meja makan serta menelentangkan tubuh Lara yang mengiring di atas lantai.

"Princess?! Princess! Ini I, princess! Bukak mata sayang!" Bahu Lara digoncang dan waktu itu bibir Lara dilihat sudah kebiruan dan kering serta kulitnya sejuk.

Ashraf cuba merasai denyut nadi Lara di leher tetapi sudah tiada! Wajahnya terus pucat lesi.

Jantung Lara telah terhenti tetapi sudah berapa lama?! Namun Ashraf tahu, keterlebihan dos mempunyai kadar reaksi yang agak perlahan terhadap tubuh badan mangsa dan Ashraf berharap Lara masih belum terlambat untuk diselamatkan.

"Baby, this gonna hurt you a bit..." Ujar Ashraf sambil dia menindih kedua-dua tapak tangannya di dada Lara untuk melakukan tekanan dada atau CPR.

Sekali... Dua kali... Tiga kali...

"Baby, come on! Please come back, baby! Please!" Gesa Ashraf dan terus melakukan CPR.

Sepanjang bergelar juruterbang yang banyak melalui suasana genting, Ashraf tidak pernah melakukan CPR walaupun dia ada menghadiri kursus tersebut. Namun sama sekali tidak menyangka bahawa pengetahuan itu harus dilakukan ke atas orang yang paling dia cintai.

Selepas beberapa saat membuat tekanan dada, Ashraf melakukan pernafasan dari mulut ke mulut pula.

"Phuhh!" Sekali.

"Phuhh!" Dua kali.

"Wake up, Lara! Please...!" Ujarnya sambil memeriksa gerakan pada dada Lara namun masih kaku.

Ashraf segera melakukan tekanan dada semula. Namun tidak sampai sepuluh kali dia menekan dada Lara kali ini, kedengaran nafas Lara seakan tersekat di kerongkong!

"Princess...! Ya Allah, alhamdulillah! Yes! That's my girl... Easy, princess... Easy..."

Ashraf berkata sambil dia mengiringkan tubuh Lara seperti yang dipelajari dahulu. Kini barulah Ashraf menelefon ambulan.

Sambil berkomunikasi dengan operator panggilan kecemasan, dia memantau keadaan Lara dengan sungguh teliti sekali. Mata Lara masih tertutup tetapi gerak nafasnya sudah ada.

"Tolong cik, tolong sangat! Datang cepat!" Rayu Ashraf sebelum memutuskan panggilan. Hatinya masih tidak keruan mengenangkan semua pil dan ubat yang masih ada dalam tubuh Lara.

"Princess..." Ashraf mengusap rambut Lara. Kalau diturutkan hati dia hendak memeluk tubuh Lara tetapi dia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk Lara bernafas.

"I'm so sorry... I kasar sangat dengan you tadi..." Ucapnya dengan nada yang sungguh kesal tetapi Ashraf berasa sungguh hairan. Kenapa Lara mengambil jalan sesingkat ini? Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Baby girl, what happened? What we didn't know? What you have been through?" Suara Ashraf bergetar seakan ingin menangis.

Sedang Ashraf memantau Lara sementara menunggu ambulans sampai, tiba-tiba dia dapati dada Lara berhenti semula.

"Lara...??"

Ashraf cepat-cepat merasai hela nafas di hidung Lara dengan jarinya.

"No, no! Stay with me!"

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now