Bab 31

207 18 0
                                    

Ashraf memberhentikan kereta di bahu jalan berhadapan dengan kedai mamak Pelita KLCC. Dia menyandarkan kepala di headrest kereta lantas menjeling jam yang tertera di dashboard.

03:15AM

Mata dipejam.

“You okay?” Tanya Lara lembut. 

“Princess, I feel a bit tipsy. Boleh tak kalau I nak rest sekejap?”

“Boleh. Tapi you okay tak?”

“Okay, cuma pening sikit. I tak berani nak drive jauh ke Shah Alam… Boleh sebenarnya, tapi I tak nak ambik risiko bawak anak dara orang. Takut accident karang, naya je.” Jawab Ashraf dengan mata yang tertutup. Lara tahan ketawa. 

“Kenapa you tiba-tiba je ni? Masa menari tadi okay je?”

“Sebelum kita keluar dari Zouk tadi… Air yang last kawan-kawan you bagi suruh I habiskan tadi tu long island rupanya. I pun tak check, main bedal je.”

“Oh…” Getus Lara. Patutlah Lara terperasan yang Ashraf mendesah sebaik sahaja dia menelan air tersebut. Lara ingatkan sebab apa, rupanya long island. Lara tahu, long island iced tea itu adalah campuran segala macam alkohol yang kuat seperti vodka, rum, berbagai jenis gin dan entah apa lagi yang Lara sendiri tidak tahu. Oleh kerana itulah minuman tersebut sangat-sangat memabukkan! 

Lara mengherotkan mulutnya. ‘Itulah sebabnya tak payah minum benda-benda yang mabuk ni!’ Kalau turutkan hati, mahu saja dia membebel pada Ashraf. Tetapi dia hanya mampu menjeling sahaja lelaki di sebelahnya itu.

“Takpelah, you rest-lah dulu.” 

“Okay, I rest kejap ye.” Kata Ashraf lantas menekan satu butang di dashboard kereta dan serta-merta, roof top kereta yang berbentuk segi empat tepat itu terbuka sendiri. 

“Jangan bukak tingkap, bahaya. I bukak roof top ni untuk angin masuk okay. Kalau you mengantuk, you baringkan seat ni, I nak tidur sekejap. Depan ni kedai mamak, so I think we’re safe.” Kata Ashraf sambil merebahkan tempat duduknya. 

Sekali lagi Lara tahan ketawa. Dia tidak pasti sama ada ‘safe’ yang Ashraf maksudkan itu selamat dari perompak atau daripada pencegah maksiat! Mungkin kedua-duanya sekali.

Lara lihat sekejapan sahaja lelaki itu sudah tertidur. Matanya terpejam rapat tetapi kening lebatnya itu masih berkerut. Mungkin akibat daripada rasa pening yang masih dialaminya. Lara menarik nafas panjang. Tinggallah dia keseorangan di sebelah Ashraf yang telahpun lena… 

Dua puluh minit telah berlalu dan Ashraf pun sudah berdengkur kecil. Mata Lara masih belum rasa mengantuk tetapi dek kerana bosan, Lara rasa biarlah dia baring sahaja, mungkin nanti akan ikut terlena sama. Lara cuba meraba-raba butang di bawah seat kereta untuk melaraskan tempat duduknya. Terkial-kial dia mencari sehinggalah jarinya merasakan satu punat dan apabila ditekan, perlahan-lahan seat itu rebah dengan sendiri.

"Pergh, canggih." Ujarnya tersengih.

Lara baring di sebelah Ashraf. Mereka cuma dipisahkan oleh compartment box yang panjang meleret sehingga ke belakang kereta. Ini bermakna, kereta tersebut hanya boleh memuatkan dua orang penumpang sahaja di tempat duduk belakang. Entahlah, Lara tidak faham. Mahal-mahal beli kereta tapi boleh bawa dua orang penumpang sahaja di belakang. Penyakit orang ada duit!  

Sedang Lara berbaring, matanya terpandang kerdipan bintang yang berselerakan di kaki langit melalui roof top yang terbuka. Dia tersenyum lebar.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now