Bab 102

245 35 38
                                    

Keadaan di Wad 7A terang-benderang.

Waktu sudah menginjak tengahari dan suasana di situ sudah mulai sibuk tatkala waktu melawat dibuka. Katil-katil yang pada sebelah paginya berpenghuni sepi mula dikerumuni oleh para pelawat sama ada ahli keluarga ataupun rakan-rakan. 

Lara duduk menyandar di katil, termenung panjang. Makanan yang terhidang di hadapannya masih belum terusik. Dia teringat situasi pagi tadi sebelum ibunya pergi bekerja.

"Akak... Tidur betul-betul... Nanti sakit pinggang."

Suara lembut itu membangunkan Lara dari lena. Lara tidur merengkot dengan posisi badan yang senget di katil sambil memeluk 'Pinkyrara'. Teddy bear pemberian Ashraf. Sedikit pun Zuraidah tidak menyangka bahawa Lara tidur begitu kerana hampir saja melakukan cubaan bunuh diri sekali lagi malam tadi! Pada tanggapan wanita itu, emosi Lara sudah stabil.

"Akak rehat je, jangan banyak fikir okay? Ibu nak pergi kerja dah ni. Tengahari nanti Ashraf kata dia nak datang lawat akak." Kedengaran ibunya membisikkan kata-kata itu sambil mengerlus rambut Lara. Lara yang agak mamai pada ketika itu tersentak apabila nama Ashraf disebut.

'Ashraf? Ibu dah kenal Ash?' Hatinya terdetik dalam pada dia separuh sedar pagi tadi.

Kini Lara terfikir pula, bagaimana agaknya penerimaan ibu terhadap Ashraf? Apa agaknya yang berlaku sepanjang dia tidak sedarkan diri? Bagaimana Ashraf dan ibu berjumpa? Semua persoalan itu bermain di fikiran dan membuatkan Lara penasaran.

"Princess..."

Lara cepat-cepat memandang ke arah suara garau tersebut.

Sosok tubuh tinggi lampai itu tercegat di hujung katil dan waktu itu juga wajah Lara mencebik lalu mendepangkan tangan minta dipeluk.

Ashraf terus mendapatkan Lara dan mereka berpelukan erat. Suara esak tangis Lara mula kedengaran mendayu-dayu tanpa mempedulikan orang di sekeliling mereka.  

"Ash... Uhuhuu..."

"Yes, baby...? It's okay, baby... It's okay... Syhh..." Sambil memujuk, Ashraf mengerlus rambut Lara dan tanpa disedari airmata Ashraf juga turut bergenang! Selepas mengetahui segala penderitaan Lara, hati jadi bertambah pilu mengenangkan onak dan ranjau perjalanan hidup gadis itu.

"Ash... I tak tahu nak buat macam mana lagi..." Suara Lara bergetar tangis sambil dia menghamburkan segala kebuntuannya.

"Syhh... No, it's okay... You tak payah buat apa-apa... I ada, okay...? Biar I handle semua."

"Tapi you tak faham, you tak tahu... Uuhuuhuu..."

"I faham, I tahu-"

"No! You tak faham!" Lara melepaskan diri daripada pelukan Ashraf dan menekup muka. Pada tanggapannya pasti Ashraf tidak tahu tentang kejadian hitam yang menimpa dirinya. Manakan tidak, dia memang tidak bercerita kepada sesiapa pun termasuklah Zieta!

"Okay okay, I tak faham... Tapi you boleh explain bagi I faham, kan?"

Wajah Lara ditenung. Ashraf cuba memancing agar Lara membuka cerita tetapi gadis itu hanya menggeleng kepala sambil tersedu sedan. Ternyata dia belum bersedia untuk meluahkan segalanya kepada Ashraf.

"Okay, kalau tak mahu takpe... Come, give me a hug... Come on..."

Perlahan-lahan Lara kembali merebahkan wajahnya di bahu tegap itu lalu Ashraf memeluknya dengan penuh kasih sayang.

Kedua-duanya terdiam seketika. Ashraf membiarkan saja Lara menangis sepuas hati hingga tangisnya reda sendiri.

"Syhh... Don't worry, okay. I ada..."

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now