Bab 91

199 27 18
                                    

"Morning, princess."

Lara terdengar suara itu dibisik ke telinga saat dia terpisat-pisat membuka mata. Lalu dia menoleh ke tepi dan mendapati Ashraf di sebelah sedang merenung wajahnya sambil tersenyum. Entahkan berapa lama agaknya Ashraf melihat dia tidur!

"Oh... Morning... " Suara Lara serak sedikit. Perlahan-lahan dia bangkit dan duduk di katil.

"I nak pergi beli breakfast dekat Cena. You nak makan apa?" Sambil bangun, Ashraf mencium pipi Lara yang sedang tergosok-gosok mata. Lantas lelaki itu berjalan ke bilik mandi untuk menggosok gigi. Cena adalah kafe vegetarian kegemaran Ashraf di bandaraya itu.

"Sayang, I nak ikut?" Lara meninggikan sedikit suaranya agar didengari Ashraf.

"Tak payahlah... Sekejap je I pergi dekat bangunan depan ni." Kedengaran suara Ashraf sedang menggosok gigi daripada balik dinding.

Lara di katil hanya mencebik namun ingatan segera tertumpu pada telefon bimbit yang tersimpan di dalam beg tangannya. Telefon itu telah Lara setkan ke mod senyap semasa di Tarboosh Middle East Kitchen malam tadi. Lara juga teringat bahawa MMS yang diminta Fahd pagi semalam masih belum dihantar. Dia mula berasa tidak sedap hati...




"Hun, banana chocolate muffin tak ada, so I bought chocolate muffin for you." Ashraf berkata sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Beg kertas berwarna perang itu diletakkan di atas meja tulis lalu dia mengeluarkan isi makanan di dalamnya.

Lara menghampiri Ashraf lalu mendakap lelaki itu daripada belakang. Ketika Ashraf memusingkan badan, dia dapati mata Lara basah dengan air mata.

"Laa... Kenapa menangis ni?" Tubuh langsing itu dipeluk sambil Lara bersandar di bahunya.

"I nak balik Malaysia dengan you..."

Ashraf tertawa kecil. Manja! Dia mengeratkan pelukan dengan harapan boleh meredakan sedikit kesedihan Lara.

"Ash..."

"Hmm...?"

Tetapi Lara hanya diam membisu. Ashraf terus menanti bait kata daripada gadis itu.

"Kenapa?"

"Hmm... Takde apa... Penat."

Mendengarkan jawapan itu, Ashraf melepaskan pelukan dan memegang bahu Lara. "Memanglah penat, kita tidur semalam pukul berapa... Takpe, nanti dalam flight you rest lagi okay."

Lara mencebik.

Tidak. Bukan itu maksudnya. Bukan fizikal yang penat tetapi mental dan emosi. Airmata Lara bergenang tatkala mengingatkan SMS yang dibaca sewaktu Ashraf pergi membeli sarapan sebentar tadi.

'Hoi, kau ni sengaja nak sakitkan hati aku, kan?! Aku mintak MMS semalam, mana??'

'Kau sebenarnya pergi mana ni? Betul ke kau ikut si Khyra? Ke kau pergi jual badan dekat sana? Macamlah aku tak tau, kau ambik semua offer oversea! Itu taktik kau nak berlagak suci dekat Malaysia ni kan? Ingat aku tak tau?!'

'LARA?!! Jawab SMS aku ni!!'

'Akak... Ibu takde kredit ni nak hantar SMS ke oversea. Kenapa tak reply SMS Fahd? Akak ni janganlah buat dia macam tu, tak baik. Tu dokumen daripada lawyer dah sampai. Fahd tu dah banyak tolong dan berhabisan untuk kita pasal lawyer tu... Contact Fahd sekarang, kesian dia risaukan akak senyap seharian. Tadi masa dia called ibu, suara dia muram je. Awak tu dah bertunang, buatlah cara bertunang. Jangan ikut kepala sendiri je.'

'Akak, kalau tunang you boleh afford a lawyer for you, I'm sure he can afford your living expenses kan? Ayah nak buat rayuan semula dekat mahkamah syariah untuk yang itu."

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now