PEK!!
"Aduh!"
Ashraf yang dari tadi sedang asyik bercerita mengenai gadis witch 22B itu terhenti. Dia memegang kepalanya yang disekeh Danny.
"Apalah lu ni, bro! Apasal pulak kau panggil dia 'witch'! Itu cupid-lah, bodoh!"
Ashraf terdiam sambil mengerutkan kening. Mukanya seperti orang tidak puas hati lantas dia berkata, "Bro... Aku ni waktu tu dah rasa macam nak termuntah, rasa seram sejuk, jantung aku ni macam nak meletup, itu kau panggil cupid? Dah macam Grim Reaper adalah, aku rasa!" Serentak itu juga tawa kedua-dua pemuda itu pecah kedengaran. Si Danny sudah gelak berguling-guling di atas katil Ashraf. Di saat telinganya menangkap perkataan 'Grim Reaper' daripada mulut Ashraf, minda artistiknya membayangkan sosok seram figura berjubah hitam muncul di pintu pesawat bersama pisau sabitnya yang besar dan panjang! Ashraf yang sedang duduk di atas kerusi pejabat yang empuk itu pula kelihatan tertunduk-tunduk dalam tawanya.
"Bro! Kau kejam bro!" Jerit Danny sambil ketawa.
"Eh, aku cakap betullah, bodoh! Dah memang aku rasa macam tu!"
Buat beberapa ketika, mereka menyambung tawa lagi sehinggakan muka masing-masing sudah kemerahan. "Okay-lah, okay-lah! Kau panggillah dia witch! Aku rasa okay sikit daripada kau panggil dia Grim Reaper! Hahaha!" Teriak Danny lagi. Keadaan kondo Azril yang sepi kini tiba-tiba gamat dengan suara gelak tawa mereka berdua. Abang si Ashraf itu baru sahaja keluar bekerja sebentar tadi. Midnight departure ke Argentina...
"Ash, Ash... Selama ni aku ingatkan semua benda kau pandai. Rupanya ada jugak benda yang kau bodoh, ek?" Ujar Danny sebaik sahaja tawa mereka reda. Dia masih lagi terbaring di atas katil tersebut. Sesak dadanya ketawa beriya tadi!
"Bro, nasib baik ni rumah Aril, bro. Kalau rumah aku ni, aku halau kau sekarang!" Kata-kata Ashraf itu mengundang tawa mereka sekali lagi. Orang lelaki kalau bergurau kasar bukannya mereka ambil hati!
"Wei, tolonglah Ash! Aku tahu kau ni memang black metal habis, drummer terulung Necromancers! Tapi kau tolonglah tone down-kan sikit metal head kau tu! Kesian aku tengok awek tu! Witch-lah, Grim Reaper-lah kau panggil dia! Bagilah panggilan yang sweet sikit kot ye pun!" Serentak itu juga mereka tertawa lagi. Ashraf menggelengkan kepalanya mengenangkan pe'el diri sendiri.
"Okay-lah, yang itu kau jangan risaulah! Tahulah aku nak tapis metal head aku tu nanti! Tapikan... Aku nak mintak tolong kau sikit boleh?"
Mendengarkan kata-kata Ashraf itu, Danny segera bangun dari pembaringan lalu duduk menghadap Ashraf.
"Boleh. Apa dia??"
Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Kalau ada apa-apa yang aku nak tanya pasal hal-hal relationship ni dekat kau, kau jadilah penasihat aku. Kau kan 'mat bunga'!" Ashraf sengih manakala Danny pula seakan-akan terkesima.
"Kau memang serious eh kali ni?" Soal Danny. Dia lihat Ashraf mencapai gitar yang tersandar di sebelah meja belajar.
"Entahlah, Dan. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni." Ashraf tertawa kecil. Dia tunduk memegang gitar sambil meletakkan jari-jemarinya pada posisi kekunci yang diingini. Lantas, dia memetik tali-temali tersebut secara spontan lalu mengalunkan satu susunan muzik yang indah.
"Tapi masa first time aku tengok senyuman dia... Aduh! Aku rasa macam tak jejak tanah!" Sambung Ashraf dalam tawa kecilnya.
"Tak jejak tanah??! Pergh, dahsyat tu bro!" Tiba-tiba Danny berdiri seraya merampas gitar daripada tangan Ashraf. Wajahnya kelihatan ceria memandang raut wajah Ashraf yang sudah terpinga-pinga. "Aku tengah mainlah, setan!" Desis Ashraf. Kening dan suaranya mencerun tajam.

ANDA SEDANG MEMBACA
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...