"You nak dessert?"
Ashraf tiba-tiba bertanya ketika mereka berdua sedang rancak berkongsi cerita tentang diri masing-masing sambil bergelak ketawa.
"No, thanks. I kenyang makan lasagna tadi. I cuma nak plain water je."
Lantas Ashraf memanggil pelayan restoran yang ada berhampiran dengan mereka.
"Miss, two Evians please. And... Umm, one hot latte. You want any drinks, Lara?"
"Nope, I'm good." Lara senyum.
"Yeah, two Evians and a hot latte. Thanks."
"Okay. You're welcome, sir."
Pelayan itu terus berlalu.
Tiba-tiba telefon bimbit Lara berbunyi. Ada satu SMS menerjah masuk, Lara lantas membukanya.
'Dear, I kena pergi Kuantan. Urgent meeting. So Pak Samad tak dapat ambik you petang ni di stesen tau. Kami nak gerak sekarang.' – Abg Huzaimi
Jari-jemari Lara mula menaip laju.
Ashraf memerhatikan sahaja wajah Lara yang sedang leka dengan telefonnya. Hatinya terasa lapang. Selepas pertemuan pertama di KLIA, hari ini dia telahpun jatuh cinta sekali lagi pada gadis di hadapannya ini...
"So..." Lara meletakkan telefon bimbitnya ke tepi. Dia menangkap renungan mata Ashraf lantas tersenyum.
"Back to your story just now... Erm, tiga orang pilot dalam family korang??" Wajah Lara seakan terkesima. Ashraf terus tertawa!
"Yeah! Actually my parents disapproved me because we already have two pilots in the house... But I always wanted to be a pilot since I was a kid. They kinda discouraged me at first! My mom said kuota pilot dalam famili kita dah cukup." Dia dan Lara tertawa bersama.
"Dia selalu bising sebab kitorang bertiga selalu tak ada masa raya. Tapi raya tahun lepas yang paling dia emosi... Adoi...!" Ada sedikit tawa kecil di hujung ayat dan selepas itu Ashraf menyambung, "Abang I sampai terpaksa sakit sebab nak dapat MC on the first day raya! My dad dapat swap flight dengan kawan dia, I pulak sampai Changi tengahari raya, tapi mamat tu flight dia sepatutnya malam raya! At last, terpaksalah dia korbankan diri! Sengal! Kelakar betul!"
"Korbankan diri macam mana?" Lara mengerutkan keningnya.
"Dia ada best friend budak cabin crew. Budak tu bagi dia minum teh kurus. Cirit-birit sampai lembiklah mamat tu! Tu yang dapat MC tu!"
Serentak itu juga mereka ketawa berdekah! Lara menggelengkan kepala. 'Nama je pilot tapi boleh tahan 'sengal' bak kata Ashraf tadi!' Lara tertawa lagi. Seronok sungguh dia mendengarkan cerita tentang famili si Ashraf.
Jauh di sudut hati, Lara berasakan yang hidup Ashraf ini serba lengkap dan sempurna. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan dirinya. Lara terasa kerdil. Latar belakang dan perjalanan hidup mereka jauh sekali berbeza umpama langit dan bumi.
"Well, umm... Speaking about your family tadi, I'm sorry to hear about your parents divorce. It must be hard for you, kan?" Ashraf berkata lagi.
Lara tersenyum lebar bagi menyembunyikan duka. Lehernya menelan keras air liur supaya dapat menghalang mata daripada berkaca.
"Yeah... Sort of." Ujarnya pendek, sekali lagi cuba menyembunyikan kisah badai yang sedang melanda keluarganya. Dia lihat Ashraf tertunduk sambil mengangguk perlahan dan mengetap bibir. Dan waktu itu juga, minuman mereka sampai...
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...