Lara mengambil papan tanda berkaki besi di satu sudut restoran 'Pizzaria' di pasaraya Jaya Jusco Taman Maluri pada senja itu.
'Section B closed'.
Itulah yang tertulis pada papan tanda tersebut. Ruang sederhana besar yang agak terpencil dalam restoran itu terus ditutup sebaik sahaja selesai satu upacara sambutan harijadi. Lara memandang ke arah deretan meja yang panjang, penuh dengan pinggan-pinggan kotor, gelas dan cawan serta peralatan makanan yang lain. Tisu-tisu yang sudah digunakan juga bersepah-sepah. Ada saki-baki makanan yang tertumpah di sana sini. Kotor! Semuanya harus Lara selesaikan dengan segera.
"Lara okay tak? Nak Kak Sha tolong?" Tanya salah seorang pelayan restoran tersebut.
"Takpe kak, akak pergilah jaga seksyen A. Customer ramaikan. Lara boleh je buat sorang ni." Lara tersenyum. Lantas, pekerja yang dipanggil Kak Sha itu mengangguk dan terus berlalu pergi.
Sudah hampir dua minggu Lara bekerja di restoran tersebut sementara menantikan panggilan masuk ke program ijazah sarjana muda di UiTM. Dengan keputusannya yang cemerlang, Lara yakin yang permohonan melanjutkan pengajiannya akan diterima.
Namun begitu, masuk bulan ini sudah dua bulan ayahnya tidak memberikan dia wang saku. Lara tidak tahu sama ada lelaki itu berbuat demikian kerana mengandaikan yang Lara sekarang tinggal bersama ibunya ataupun kerana pergaduhan besar mereka di Kolej Teratai. Bagaimana jika ayahnya terus-menerus tidak memberinya wang belanja hingga buka semester nanti? Itulah perkara yang membuatkan hati Lara risau kebelakangan ini.
Jika keadaan ini berterusan, sudah tentu ibunya akan membawa perkara ini ke mahkamah semula dan mengenangkan hal itu, perasaan Lara merengsa. Dia benci dengan tempat tersebut.
Sambil membersihkan meja, fikiran Lara menerawang lagi...
Gajinya sebagai pekerja sambilan di situ hanya RM650 sebulan. Tolak makan, minum dan pengangkutannya, berapa sangatlah yang dia boleh kumpul untuk menampung perbelanjaannya di UiTM nanti?? Tambahan pula, keputusan UPU akan keluar dalam masa dua atau tiga bulan sahaja lagi!
Lara telan liur. Hatinya mula berasa gusar sementelah tangannya mengutip pinggan-pinggan kotor di atas meja.
Modeling.
Lara terfikir untuk mengambil job modeling juga selain daripada bekerja di restoran tersebut tetapi malangnya buat masa ini belum ada lagi tawaran yang sesuai kecuali tawaran yang...
Tiba-tiba sedang Lara memusingkan badannya, dia ternampak gelagat Encik Mazola, Floor Manager restoran tersebut sedang memerhatikan punggungnya daripada kaunter minuman yang terletak beberapa meter sahaja di belakang Lara. Air wajah Lara bertukar bengis!
"Encik Mazola! Kenapa saya tengok Encik Mazola ni selalu perhatikan badan saya?! Dua minggu saya dekat sini, ini bukan first time tau!" Suara Lara mencerun. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai jelik lelaki tersebut. Nasib baiklah ruangan Seksyen B itu terletak jauh sedikit daripada Seksyen A yang sentiasa penuh dengan pelanggan.
"Eh, takdelah. Mana ada!" Lelaki tiga puluhan itu menjawab selamba namun anak matanya direndahkan memandang ke lantai.
"Mana ada?! Habis tu yang Encik Mazola pandang saya dekat sini, dekat sini... Tengok apa?!" Lara berkata sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya di pinggang dan kemudian di punggungnya. Ketika itu, dia memakai seluar slack berwarna hitam sebagai pakaian seragam restoran tersebut.
"Tak adalah-"
"Encik Mazola dengar sini ye! Kalau saya datang kerja ni untuk orang tengok badan saya, baik saya buat modeling! At least sejam catwalk dapat tiga empat ratus ringgit! Sini berapa?? Sejam tiga empat ringgit je!" Tangan Lara segera menanggalkan apron di badannya. Dia menggumpal-gumpalkan apron tersebut lalu dihempaskan ke meja.

YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...