Pintu lif kondominium mewah Aquarius by the Park terbuka luas pada tengahari Ahad itu.
Ashraf melangkah keluar sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Selesai sahaja sarapan bersama Haris di salah sebuah restoran kegemaran adiknya di Ukay Heights pagi tadi, Ashraf terus bertolak balik ke Singapura. Malam ini dia kerja, midnight departure.
Ashraf berjalan menuju ke unit kondominium abangnya. Di bahunya tersandang beg galas Quicksilver berwarna hitam, beg yang sama ketika dia ke Tawau dahulu.
"Cause I'm afraid to know the answer... Do you want me too...?"
Mulutnya menyanyi perlahan berselang-seli dengan siulan kecil. Tangannya pula menimbang-nimbang kunci rumah ke udara, senang hati.
"Cause my heart keeps falling faster..."
Apabila tiba di hadapan rumah, Ashraf tidak segera membuka pintu pagar malah mengeluarkan telefon bimbitnya dan pantas menaip sesuatu...
'Princess, I dah sampai SG. Do you know singer Ryan Cabrera? Please listen to his song 'True'. Lagu tu untuk you. Macam masa first time I nampak you dulu ;)'
Message sent.
Setelah itu barulah pintu pagar dibuka.
Ashraf menyanyi-nyanyi lagi dengan tona suara yang tinggi dan dikecilkan sebagaimana Ryan Cabrera membawakan lagu tersebut.
Klik! Pintu kayu jati terbuka luas apabila tombolnya di pulas Ashraf.
"SO I WILL NOT HIDE IT'S TIME TO TRY, ANYTHING TO BE WITH YOU!"
Suara Ashraf semakin meninggi sebaik sahaja dia menjejak lantai rumah. Matanya tertutup dan wajahnya penuh perasaan. Sebelah tangan digenggam di hadapan mulut seolah-olah memegang mikrofon.
"Hoi, memekaklah!"
Ashraf tersentak. Kelihatan Azril yang sedang berbaring di sofa sambil menonton televisyen memandangnya dengan pandangan yang tajam.
Ashraf hanya ketawa!
"ALL MY LIFE I'VE WAITED... THIS IS TRUE...!!"
Dia terus menyanyi dengan kuat sambil berlalu ke kamar tidur.
Setiba sahaja Ashraf di bilik, dia terus mencampakkan beg galas ke atas meja tulis. Tubuhnya dilayangkan ke atas katil.
BAM!
"Ahh... At last!" Kata Ashraf perlahan. Setelah hampir empat jam memandu, tilam empuk itu dia rasakan begitu selesa sekali. Ashraf tersenyum dengan mata yang tertutup. Fikirannya melayang jauh dan imej Lara di sepanjang pertemuan mereka semalam bermain-main semula di mindanya...
Senyuman makin lebar.
Triitt...!
Mata Ashraf pantas terbuka. 'Incoming SMS!' Getus hati Ashraf lalu meloncat bangun dan mencapai beg galas tadi di atas meja. Tangannya meraba-raba mencari telefon bimbit yang sudah tertimbus bersama helaian baju, seluar dan barangan yang lain.
Butang 'Read' ditekan.
Sebaik sahaja dia membaca mesej tersebut, Ashraf tersenyum sendiri dan jarinya mula menaip sesuatu...
'I mean this feeling is weird bro... It's euphoric! Kau pernah dengar orang 'frust' menonggeng?? So what's the antonym of 'frust' menonggeng?? Coz I feel happy like almost menonggeng either! Bahaha!'
'Message sent'.
Ashraf tersenyum lebar sambil baring semula di katil sehinggalah telefonnya berbunyi kembali.

YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomantikMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...