Bab 41

205 25 6
                                    

Ashraf kelihatan resah berbaring di 'pilot bunk' dalam pesawat Boeing 747 tersebut. Sekejap dia mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejapan pula dia meletakkan lengannya di dahi dan sesekali jarinya memicit-micit kepala. Terasa sakit berdenyut-denyut.

Lantas Ashraf menyelak tirai dan bingkas duduk di birai tempat tidur tersebut. Dia memerhatikan bunk bed di hadapannya yang kelihatan sepi dengan tirai tertutup rapat. Kapten Kamarul pasti sedang nyenyak tidur sekarang ini. Tujuh jam mengendalikan pesawat untuk penerbangan ke Argentina, kini tiba giliran mereka untuk berehat dan digantikan oleh dua juruterbang yang lain.

Ashraf berdecip. Kepalanya makin sakit. Dia segera menuju ke satu sudut di mana baju kemeja seragam milik dia dan Kapten Kamarul tersangkut kemas di dalam sebuah built-in compartment yang seakan-akan almari kecil. Ashraf yang hanya berbaju T putih itu terus menyarung kemeja ke tubuh dan mengenakan tali leher. Selepas lengkap berpakaian, dia keluar daripada 'pilot bunk' tersebut lalu menuju ke galley...


"Fara... Bagi aku paracetamol. Kepala aku sakitlah." Ujar Ashraf ketika dia tiba di galley.

"Oh, okay. Kejap aku ambik." Fara lantas menuju ke sebuah laci yang terletak di sudut yang paling tepi dan mengeluarkan First Aid Kit. Dia mengambil dua biji ubat paracetamol dan air mineral lalu disuakan ke Ashraf.

"Kau okay tak ni?"

Ashraf hanya mengangguk sambil menelan ubat dan air.

"First-class kosongkan hari ni? Aku nak lie down dekat situlah. Tengah sakit kepala ni aku tak boleh baring dekat dalam bunk pulak. Rasa macam claustrophobic." Kata Ashraf dengan wajah yang lesu.

Fara mengangguk tanda faham. Bilik 'pilot bunk' itu memang agak kecil dan terasa kedap apatah lagi tanpa tingkap.

"Yup, first-class kosong, takde pax. Pergilah rehat dekat sana." Ujar Fara.

Ashraf mengangguk dan terus berlalu...


Ketika Fara dan seorang lagi kru sedang membuat 'plating' sebelum menghidangkan makan malam buat penumpang-penumpang kelas perniagaan, tiba-tiba sahaja buzzer di galley itu berbunyi menandakan ada penumpang di kelas yang eksklusif itu memanggil.

"It's okay, I'll get it." Kata Fara sambil melihat nombor tempat duduk penumpang lantas segera berlalu. Ketika dia keluar daripada galley, matanya terpandang sesuatu di lantai pesawat. Dia tunduk dan mengambil benda tersebut.

Ashraf Zildan Z.
Flight Crew
FC0221278

Dia membaca perkataan yang tertera pada kad pekerja di tangannya. Kelihatan juga gambar Ashraf terpampang di situ. Fara menyengetkan bibir. Kelihatan plastic holder kad tersebut seperti terkoyak menyebabkan kad itu terpisah daripada tali lanyard Ashraf.

Fara segera menuju ke tempat penumpang yang membunyikan buzzer sebentar tadi.

"Yes ma'am, anything I can help you?" Tanya Fara dengan senyuman yang manis di bibir.

"Oh, yes. I need tissues, please." Jari wanita itu kelihatan sedikit comot dengan kesan coklat yang mencair. Kelihatan dia sedang makan coklat sambil menonton filem.

"Sure ma'am, I'll be right back."

Selepas memberi beberapa helai tisu kepada wanita tadi, Fara bergegas pula ke kabin kelas pertama yang terletak di tingkat atas. Dia ingin memulangkan kad pekerja si Ashraf.

Sebaik sahaja kakinya melangkah di kabin yang tiada penumpang itu, Fara ternampak seorang pramugari sedang duduk di birai seat kelas pertama yang telah diubahsuai menjadi tempat tidur dan tubuh gadis itu menghadap seseorang yang sedang berbaring! Fara terpempan tetapi dia cepat-cepat berselindung di sebalik dinding partition. Dia pasti tempat tidur itu adalah tempat Ashraf berehat dan mereka sedang berdua-duaan di situ! Kening Fara mencerun dan dia menggigit bibir. Adakah mereka mempunyai hubungan sulit? Fikir Fara.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now