"Unit number?" Tanya pengawal keselamatan itu.
Ashraf telan liur.
"Erm... Unit number saya tak tahu. Tapi kalau saya nak parking dan tunggu dia dekat lobi boleh?"
"Abang call-lah dia, tanya unit number." Kata pengawal keselamatan itu lagi.
"Err... Tak dapat. Dah banyak kali call tapi tak dapat."
Lelaki India itu terdiam dan mengalihkan pandangannya. Seolah-olah berfikir sama ada melepaskan Ashraf masuk atau tidak.
"Please... Saya nak tunggu dia dekat lobi je tapi mungkin agak lama sebab saya tak dapat contact dia. Kalau saya jumpa dia nanti, saya bagi unit number. Please?" Rayu Ashraf. Dia baru sahaja tiba di Sri Mahligai Condominium tanpa mengetahui yang Lara sudah seminggu berpindah keluar daripada situ!
Selama Ashraf mengambil dan menghantar Lara, pihak keselamatan Sri Mahligai tidak pernah meminta nombor unit penyewa tetapi jika hendak masuk dan memakir kereta, Ashraf perlu memberikan nombor unit sebelum dia diberikan pas pelawat oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
"Bro... Saya nak duduk dekat lobi je. Tepi tu ada CCTV. Saya tak kan buat apa-apa. Kalau saya buat benda tak betul, CCTV boleh capture. Saya nak tunggu orang je, dekat lobi. Please, bro?"
Ashraf rasa seumur hidupnya inilah kali pertama dia merayu kepada orang yang tak dikenali. Pemuda India itu dilihat serba salah lantas berkata sesuatu kepada seorang lagi rakannya.
"Okay-lah, bang. Boleh. Tapi abang tak boleh naik atas tau. Tunggu di bawah saja."
"Yes, yes. Saya tak naik, janji! Saya duduk dekat lobi je." Barulah wajah Ashraf berseri.
"Abang parking dekat tepi sana ye."
"Okay, cun. Thank you, bro!"
"Welcome."
Lantas Ashraf mengemudi kereta sport RX8 merahnya ke tempat yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan itu.
Sebaik sahaja memakir kereta, brek tangan ditarik. Mata Ashraf memandang ke arah ruang lobi yang betul-betul berhadapan dengan tempat parkir pelawat. Kalau Lara lalu di situ pasti Ashraf dapat melihatnya.
'Ada ke Lara dekat rumah dia?' Bisik hati Ashraf. Dia melihat jam tangannya.
9.46 pagi
Hampir ke pukul sepuluh. Harap-harap Lara ada dan akan turun ke bawah. Tapi sampai bila Ashraf akan menunggu di sini? Sampai petang? Atau malam?
Ah, Lantaklah! Misinya ke situ adalah untuk menunggu dan mencari Lara. Tekad.
Di tempat duduk penumpang belakang terdapat komputer riba dan beberapa keping VCD filem kegemaran Ashraf, PlayStation Portable (PSP), dan buku manual Boeing 747 yang dibawa Ashraf untuk menghilangkan rasa bosan jika terpaksa menunggu lama.
"Ahh..." Ashraf menyandarkan badan sambil matanya menyorot ke ruang lobi. Banyak juga kenangan di situ dan salah satu yang paling dia ingati ialah sewaktu mengambil Lara untuk melihat bintang di Genting Sempah. Sebuah senyuman terukir di bibir Ashraf. Rindu.
"Lara... Please turun, please... I'm here baby." Bisik Ashraf sendirian...
Matahari sudah tegak di atas kepala. Tiga jam akhirnya berlalu begitu sahaja dan Ashraf masih lagi setia menunggu. Apabila matanya seakan ingin terlena, dia segera keluar daripada kereta, ambil angin. Kadang-kala apabila bosan bermain permainan video dan menonton filem, Ashraf mundar-mandir sendirian di hadapan lobi, menunggu-nunggu saat terpaculnya batang tubuh si cinta hati. Setiap kali ada bayang yang lalu-lalang, pasti Ashraf cepat-cepat meninjau tetapi setakat ini semuanya hampa.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...