Ashraf buka mata.
Perkara pertama yang terbit di fikirannya pagi ini ialah penerbangan pulang ke Singapura tengahari nanti.
Pfft! Hati terasa berat.
Ketika dia meraup muka, ada sehelai kertas kecil Post It Note berwarna kuning terlekat pada pergelangan tangannya ditampal dengan menggunakan pita Selofan.
'Huh??' Wajahnya berkerut hairan dan dia membelek kertas tersebut.
'Morning sayang! ;)'
Bunyi nota itu dalam tulisan tangan. Dalam pada masih mamai Ashraf terus ketawa. Siapa lagi punya kerja!
"Hun!" Ashraf bingkas bangun daripada katil dan menuju ke pintu penghubung bilik yang tertutup rapat. Namun matanya menangkap sesuatu pula di pintu.
Satu lagi kertas Post It Note!
'Nope! Don't open this door yet. Go to the bathroom instead ;)'
Senyum Ashraf semakin lebar.
"Hun! Apa ni...?!" Suara ditinggikan supaya Lara yang berada di dalam bilik tersebut dapat mendengar namun hanya sepi sahaja. Ashraf terus menuju ke bilik mandi seperti yang diarahkan.
Tap!
Lampu dibuka dan kelihatan sehelai lagi kertas Post It Note tertampal di cermin.
'Gosok gigi dulu! Basuh muka & lap guna FACE TOWEL. :D'
"What...?! Dia nak suruh aku kiss dia ke apa pagi-pagi ni sampai kena gosok gigi dulu??" Ashraf mengomel sendirian dan waktu itu dia terbayang saat indah di Vondelpark tengah malam tadi. Mukanya merah hingga ke telinga dan untuk kesekian kali bibirnya mengukirkan senyuman.
'Aduh... Head over heels aku dibuatnya dengan minah ni...' Bisik hati Ashraf sambil menggosok gigi. Sengih lagi.
Setelah selesai membasuh muka, Ashraf terbongkok-bongkok mencari tuala muka di laci bilik mandi seperti yang diarahkan dan apabila menjumpai tuala kecil tersebut, terdapat sekeping lagi Post It Note terselit di situ.
'Bukak wardrobe, check salah satu poket bathrobe ;)'
Senyum dan geleng kepala.
Tak sangka. Begini rupanya keletah nakal dan 'playful' Lara selepas meluahkan rasa cintanya kepada Ashraf. 'Haih!' Gelojak perasaan Ashraf bagaikan tertujah hingga ke langit!
Sambil mengelap muka Ashraf berjalan menuju ke almari. Terdapat dua pasang jubah mandi di dalamnya, Ashraf menyelukkan tangan ke salah satu poket jubah tersebut yang agak besar.
Terasa sesuatu - leper dan keras, lalu ia ditarik keluar.
Kelihatan sebungkus stroopwafel berbentuk hati dan di plastik pembalut itu tertulis perkataan 'For you' bersama sekeping Post It Note yang berbunyi:
'Good job, sayang! ;) Now ketuk pintu bilik I... 5 kali!'
Ashraf ketawa gelihati. 'Dah macam main treasure hunt pulak pagi-pagi macam ni!' Getusnya dan terus bergegas menuju ke pintu penghubung bilik...
Tok, tok, tok, tok, tok!
Diam.
"Password please!" Kedengaran suara riang Lara daripada bilik sebelah menyebabkan Ashraf tertawa.
"Huh? Password??.... Mana ada??" Balas Ashraf sambil membelek-belek kertas Post It Note dan plastik stroopwafel berbentuk hati. Kedengaran Lara ketawa di balik pintu.

ANDA SEDANG MEMBACA
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...