"Mama siapa tu?"tanya Andrew tersedar dari tidur yang panjang. Sara menghela nafasnya. Andrew hilang ingatan.
"She is your wife, son,"beritahu Madam Tan.
"I don't know her,"bisik Andrew. Kepalanya berbalut. Doktor menganggarkan 50-50 bahawa Andrew boleh hidup atau tidak. Setelah sedar dari koma, ternyata Andrew langsung tidak mengenali Sara.
"Sayang,"panggil Sara.
"Siapa sayang ? I tak kenal you. You keluar sekarang!"bentak Andrew.
"I got proof. Ni gambar kita nikah, kita honeymoon,"kata Sara menunjukkan telefonnya kepada Andrew. Dengan pantas, Andrew mengambil dan membalingnya ke dinding. Semua di situ terkejut. Termasuk Mamatok dan Salina. Mamatok memeluk Sara.
"Redhakan Sara,"pujuk Salina. "Mari kita balik. Andrew perlu ditenangkan,"pujuk Salina berbisik.
"Mak...Andrew tak ingat Sara mak,"dalam tangis Sara berkata. Suasana agak tegang di bilik itu.
"Sara, anak mama,"pujuk ibu mertuanya. "Beri masa pada dia ya,sayang,"katanya lembut.
"Siapa nama kau!"tanya Andrew.
"Sara Amalina Sallehuddin. I am your legally married wife,"jawab Sara mengesat airmatanya yang mencurah. Hidupnya tunggang terbalik selepas dia diberitahu Andrew dilanggar lari oleh sebuah motorsikal berkuasa tinggi dan dia terpelanting 15 meter.
"I am a revert?"tanya Andrew kepada ibunya. Ibunya mengangguk. Andrew memandang Sara.
"Sara Amalina Sallehudin, I ceraikan you dengan talak 1,"lancar sahaja Andrew mengucapkan talak. Sara merasa sangat terkejut dan pengsan di situ.Apabila Sara bangun dia sudahpun berada di rumah Salina.
"Mak, mamatok apa yang dah terjadi?"tanya Sara seraya bangun.
"Sara pengsan. Doktor cek tadi dia kata Sara perlu berehat."
Airmata Sara menitis lagi.
"Valid tak talak itu mamatok?"
"Setiap lafaz cerai, jika dibuat dengan lancar dan terang tanpa ada sebarang paksaan dan bersaksikan,ianya valid,"jawab mamatok.
"Kenapa Andrew jadi begini?"keluh Sara. Salina dan Mamatok saling berpandangan.
"Pihak hospital explain dan memang ada kecederaan di otak Andrew yang akan mengganggu memorinya tapi bukan judgement,"jelas Salina. Sara menekup wajahnya seketika. Semuanya seumpama mimpi. Dia kehilangan seorang kawan yang teramat baik dan suami yang sungguh penyayang.
"Tadi Madam Tan telefon, Andrew boleh keluar wad esok dan lusa dia mahu terus ke mahkamah syariah,"beritahu Salmah, mamatok Sara. Sara masih tidak dapat menerima kenyataan itu.
"Kenapa tiba-tiba?"soal Sara spontan. Salina dan Salmah hanya menenangkannya tanpa memberikan jawaban kerana mereka sendiri tiada penjelasan.
"Mak, kalau Sara tak nak bercerai macamana?"tanya Sara mengesat airmatanya.
"Then, masa edah tu trylah rujuk dengan Andrew kembali."
"But I still have to be divorced.Mak Sara sayangkan Andy mak. Lebih dari diri Sara,"ucap Sara sedikit panik.
"Mengucap Sara. Banyakkan mengingati Allah,"pujuk emaknya. "Sabar Sara. Sabar,"pujuk Salina lagi.
"Mak, mamatok boleh tak tinggalkan Sara sekejap. Sara hendak berfikir,"rayu Sara. Salina dan mamatok memeluknya erat seumpama tidak mahu melepaskan. Mereka meninggalkan Sara sendirian. Sara membuka laci dan mengeluarkan kotak rantai mutiara itu. Dia membuka rantai itu dan ia sedang bersinar-sinar.Sara mengambil rantai itu dan meletakkannya di dadanya. "Popo, Sara buntu. Kenapa Andy jadi macam ni?"ucap Sara sambil menangis dan lalu terlena.
"Sara,"panggil suara itu. Suara yang sudah lama tidak didengarinya. "Sara,"panggil suara itu lagi. Sara berpaling dia melihat seorang wanita muda berpakaian kebaya labuh bermahkota tiga lapisan.
"Popo..."tegur Sara lalu berlari mendapatkan wanita itu. "Ini dalam mimpi bukan?"tanya Sara memeluk wanita itu erat.
"Bukan, kau di dalam separuh sedar."
"Popo, Sara sedih terlalu sedih,"ucap Sara menangis untuk sekian kalinya.
"Mana dia puteri yang berani dan tabah itu? Hmm..?"ujar Popo atau Puteri Hang Li Po. Sara mengesat airmatanya.
"Andy ialah suami yang sempurna pada Sara, popo,"balas Sara lebih tenang. Ya, sekarang dia menjadi lebih kepada Sara yang dahulu. Betul pertanyaan itu. Di manakah Sara yang berani dan tabah sebelum ini.
"Andy telah melepaskan Sara kerana sudah ditakdirkn begitu."
"Andy akan terus melupakan Sara?"tanya Sara.
"Hanya Allah yang Maha Mengetahui,"jawab Popo mengusap kepalanya. "Dengar ini, jika Popo katakan, Sara boleh pulang ke zaman itu, bertemu Shu Wu Ji,bagaimana?" Sara terpempan. "Hmm?"soal Popo. Sara merenung wanita jelita itu. Popo tersenyum. "Susah nak percaya?" Sara mengangguk.
"Sebagai siapa?"tanya Sara. "Setiap kali Sara merentas masa, Sara terpaksa menjadi orang lain."
"Kali ini, Sara merentas masa sebagai diri Sara sendiri. Tetapi Popo ada syarat."
"Apa syaratnya?"tanya Sara kehairanan.
"Sara pulang ke zaman ini bila jasad yang dibawa Sara tiada bernyawa. Tetapi kali ini jika Sara menghadapi bahaya dan terkorban, tiada peluang untuk hidup lagi."
Kata-kata Popo itu membuatkan Sara terdiam.
"Adakah Sara masih boleh pulang kepada keluarga Sara?"
"Setiap perentas masa akan pulang ke tempat asal tapi kali ini Popo tiada jaminan. Shu Wu Ji menunggu Sara di sana tetapi-"
"Tetapi apa Popo?"
"Masa untuk Shu Wu Ji tidak panjang kerana bila Sara pulang nanti Shu Wu Ji sudahpun berusia 40 tahun."
"Hah?!"balas Sara terkejut.
"Ya, dia tidak segagah dulu, tidak sepantas sebelum ini. Sara bolehkah menerima kenyataan itu?"
Sara terdiam dan fikirannya melayang kepada Andrew.
"Sara fikirlah dengan tenang. Bincang dengan ibu dan nenek. Kerana kali ini, tiada jasad Sara bersama mereka."
Sara memandang wanita cantik itu dan memeluknya erat.
"Bagaimana dengan Andrew?"bisik Sara.
"Sara tanya hati Sara, siapa yang benar-benar Sara cintai. Andrew atau Shu Wu Ji?"
"Kalau Andrew mengingati semula?"tanya Sara.
"Jawapannya ada dalam hati Sara. Jika hati Sara memilih Shu Wu Ji. Pergilah berjumpa dengan Ma Shang Wu. Ambillah kembali warisan harta Sara, tetapi kotak yang Sara terima tinggalkan di rumah Sara."
"Kenapa-"belumpun sudah Sara bertanya Popo hilang dari pandangannya."Popo, Popo,"panggil Sara berkali-kali sehinggakan dia terjaga dari lenanya. Dia memandang sekeliling bilik itu. Dia menghela nafas panjang. Segenap ruang mempunyai kenangannya bersama Andrew. Dia memandang cincin perkahwinannya dan menyentuhnya lembut. "Andy, kau kusayang melebihi segalanya di dunia ini. Jika ini membuatkan kau bahagia, aku akan menurutinya,"kata Sara berbisik kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...